Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana

Wednesday, 1 April 2015

Jendela Hati (Part Akhir)

Suasana di dalam bilik Kelab Kebudayaan sangat meriah dengan kehadiran para pelakon yang meraikan jamuan pada hari itu. Bingit. Masing-masing sibuk bercerita dan bergurau senda sesama sendiri. Perkenalan yang bermula sebulan lalu mewujudkan hubungan akrab sesama kru teater. Samada guru, rakan sekelas malahan junior dan senior-semuanya gembira dengan persahabatan yang terjalin. Di suatu sudut, Aina sedang sendirian terduduk kepenatan setelah bertungkus-lumus pada waktu petang menyiapkan segala persiapan untuk jamuan pada malam itu. Dan pada saat itu juga, sepotong kek yang berada dalam mangkuk polistrin dihulurkan kepada Aina. Aina mendongak. Damia tersenyum. Aina membalas senyuman dan bergerak sedikit untuk memberikan ruang kepada Damia untuk duduk. 

"Terima kasih" ucap Aina sepatah sambil merasa secubit kek coklat itu.

"Aina..tak nak ceritakan apa-apa kat akak?" soal Damia, memulakan perbualan.

"Huh? Oh..pasal malam tadi. Sorry kak. Urgent. Kena minta diri cepat" Aina memberi alasan, bukannya tidak mahu menceritakan hal sebenar tapi belum masanya lagi.

"Akak faham. Tapi akak tak setujulah Aina bawa handphone kat asrama. Kan tak boleh. Balik minggu ni bagi mak simpan. Jangan bawa dah. Akak tak nak subahat bila Aina tertangkap nanti" Damia menasihati juniornya itu dengan lembut. Aina membisu sambil bermain-main dengan kek coklat tadi. Seleranya tiba-tiba mati di situ.

"Okey. Sorry. Aina janji tak bawa dah" tiba-tiba Aina bersuara dengan nada serius. Damia tersentak. Gembira dengan janji Aina, Damia melemparkan senyuman.

"Sebenarnya akak datang ni, nak bagi benda ni" ujar Damia sambil menghulurkan sekeping sampul surat. Aina mencapai dengan pandangan hairan. Damia mengisyaratkan Aina supaya terus membacanya di situ. Aina mengangguk setuju. Dibukanya sampul surat yang berbau wangi itu dan membaca isi kandungannya satu-persatu.

Ke hadapan Nur Aina yang manis,
Semoga sihat dan ceria selalu..

Pertama sekali, Nua ingin memohon kemaafan daripada Aina kerana telah menyembunyikan identiti Nua dalam tempoh masa yang agak lama. Maaf, Nua belum bersedia. Keduanya, Nua ucapkan tahniah sekali lagi kepada Aina kerana berjaya membongkar identiti Nua. Sejujurnya, dengan cara yang sama jugalah Nua mula mengenali Aina. Nua selalu akan duduk di tepi tingkap sambil memandang ke arah tingkap bilik Aina sambil mencari-cari dirimu. Raut wajah manis Aina yang berdiri di sebalik jendela begitu mendamaikan. Seperti Aina juga yang begitu menikmati bayu malam tatkala Aina kepenatan atau bosan sambil tersenyum lebar.  Dari situ Nua dapat rasa Aina seorang yang menarik untuk didekati.

Alhamdulillah, Allah membuka jalan untuk Nua lebih mengenali Aina. Tak sangka perbuatan nakal Hisyam yang terus saja meletakkan nama Nua dalam senarai pelakon yang diedarkan Cikgu Azim menemukan Nua dengan Aina. Setiap kali latihan, Nua cuba untuk menyembunyikan perasaan bahagia Nua apabila melihat Aina senang dengan perangai Nua yang gila-gila ni. Walaupun kita tak jarang bertegur. Sorry, Nua masih tak jumpa cara nak hilangkan perangai ni. :) Tapi apapun, Nua tabik cara Aina menahan diri Aina. Nua tahu Ainalah orang pertama yang akan menonton Nua setiap kali Nua mula berlakon. Tapi Nua sembunyikan semua tu..Aina mesti tak dapat agak kan?

Aina, Nua pinta izinkan Nua terus menatap wajah Aina setiap kali bulan bersinar agar hari-hari mendebarkan sebelum Nua menduduki SPM bermakna dan berseri. Nua hanya ingin pinta itu saja selagi Aina belum menjadi yang halal untuk Nua. Itu saja coretan Nua. Nua harap kita masih berhubung lagi seperti dulu. 

Salam 
Anuar Adi

Aina melipat surat itu dan dimasukkan ke dalam sampulnya semula. Damia dan Aina berpandangan.

"Tak sangka Anuar yang gila-gila tu boleh tulis surat macam ni" ujar Damia sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tahu takpe. Lain betul dengan perangainya atas pentas selama ini" Aina mengiakan sambil melontarkan pandangan ke arah orang ramai yang berada di hadapan mereka.

"Hah? Maksud Aina? Oh..jadi selama ini memang Aina ada intai-intai Anuar ya,? Amboi, marah konon bila dia sorokkan kasut Aina. Rupanya dalam hati ada taman" usik Damia lantas membuatkan pipi Aina bertukar kemerah-merahan. Malu dia diusik sebegitu.

"Akak nampak rupanya. Ish, mana ada. Aina cuma suka tengok perangai gila-gila dia atas pentas. Kadang-kadang mengalahkan Hisyam! Hihi..ah, sebelum terlupa. Nah," ujar Aina sambil menghulurkan sekeping sampul surat kepada Damia. Damia memandang hairan.

"Tolong bagi kat Anuar ya, akak kan sekelas dengan dia" tutur Aina sambil mengelak pandangan Damia.

"Okey, haih nampaknya akak dengan Hisyam jadi pasangan posmenlah ni. Tak pasal-pasal. Hahaha..tapi takpe asal Aina tak payah guna telefon bimbit lagi. Walaupun terpaksa jadi macam zaman dulu-dulu lagi" Damia berpura-pura merungut. Kemudian, dia tertawa sendiri. Mungkin geli hati dengan kata-katanya sendiri. Disimpannya surat itu di dalam poketnya dan segera meminta diri.

Aina tersenyum lebar. Siapa sangka tabiatnya yang suka bertenggek di tepi tingkap menemukan dia dengan seseorang. Lucu pula apabila diingat kembali detik perkenalan mereka. Aina melepaskan keluhan kecil dan melangkah ke jendela berhampiran.


 'Bulan, kau jadi saksi kisah kami. Nua, tunggu Aina lagi 5 tahun ya? Terima kasih Nua kerana telah menggembirakan hari-hari Aina' Aina bermonolog dalam hatinya sambil terus merenung bulan yang bersinar terang pada malam itu.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Jendela Hati (Part 9)

"Aina, Aina! Pstt! " dengan separuh berbisik, Damia memanggil Aina yang sedang asyik menyiapkan kerja rumahnya dalam gelap. Aina menoleh. Damia memberi signal agar Aina datang ke katilnya. Aina mengemaskan katilnya sebentar dan berlalu ke arah Damia.

"Aina, tengok ni" kata Damia sambil menghulurkan sehelai kertas kepada Aina. Aina menyambutnya dan membaca isi kandungan kertas itu satu persatu. Mata Aina membuntang. Dilihatnya wajah Damia dan kertas itu silih berganti. Seakan tidak percaya akan baris-baris kata yang baru dibacanya. 

"Betul..betulkah apa yang Aina baca ni? Bila Hisyam bagi? Dah tu, Kak Mia nak terima ke?" bertubi-tubi soalan dilemparkan kepada Damia.

"Eh perlahan perlahanlah sikit Aina. Hisyam bagi petang tadi. Entah, kakak ingat nak buat bodoh je dulu. Lepas SPM baru kakak bagi jawapan. Lagipun, kitorang muda lagilah. Malaslah kakak fikirkan sangat perkara ni" balas Damia dengan tenang. Begitu matang cara percakapannya sehingga membuatkan Aina terdiam. Dengan perlahan Aina mengambil ruang kosong di atas katil Damia dan berbaring.

"Kak Mia"
"Aina"

Serentak mereka tergelak besar apabila mendapati mereka berkata dalam masa yang sama.

"Ssh, nanti ada yang terjaga" Damia memberi amaran sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir. Aina menekup mulut sambil menahan tawa. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan getaran yang datangnya dari poket Aina. Damia membulatkan matanya tanda terkejut.

"Aina bawa handphone?" Damia menyoal. Aina tersengih. Tanpa mempedulikan pandangan Damia lagi, dia segera kembali ke katilnya dah hilang di sebalik balutan selimut.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Jendela Hati (Part 8)

"Damia! Tunggu sekejap" Hisyam memanggil dari belakang. Damia berpusing dan memandang Hisyam dengan pandangan hairan. Hisyam sedang berlari ke arahnya sambil tersenyum girang, seperti selalu.

"Nah. Simpan ni. Ada duit dalam ni. Buka kat asrama, baru kira. Pastikan kau seorang diri saja waktu kira duit ni tau" Hisyam menghulurkan sehelai sampul surat yang didakwa mengandungi duit kepada Damia. Damia menyambutnya walaupun teragak-agak pada mulanya.

"Apasal muka kau macam takut-takut saja ni?" Hisyam bersuara lagi.

"Tadi, kau yang marah Haziqa kan?" Damia menyoal dengan lembut agar tidak menimbulkan kemarahan Hisyam. Respon yang diberikan Hisyam sangat mengejutkan Damia. Hisyam cuma ketawa besar. 

"Ya. Aku. Apasal? Tak pernah tengok aku marah ya?" soal Hisyam sebaik sahaja ketawanya reda. 

"Tentulah! takut aku tengok kau macam tu. Lupakan, duit ni untuk apa?" ujar Damia sambil cuba mengintai isi kandungan sampul surat itu.

"Duit ni, erm..ah! Duit yuran Kelab Kebudayaan. Kau peganglah dulu. Aku takut hilang" kata Hisyam, cuba untuk menutup kerisauan di hati Damia.

"Oh okey. Ah, aku nak balik asrama ni. Kau nampak Aina tak? Kata nak balik dengan aku tadi" Damia mengangguk sambil melilaukan pandangannya kalau-kalau ternampak kelibat Aina.

"Tak nampak pula. Aku pun nak balik dah ni. Minta diri dulu ya, bye. Jangan lupa baca, eh kira duit tu tau. Aku kira semalam ada RM120. Pastikan cukup" ujar Hisyam dan segera berlalu dengan senyuman bermakna. 

Dalam masa yang sama, Aina yang bersendirian di bangku yang terletak di tepi dewan masih menunggu Damia. Tersengguk-sengguk kepalanya menanti Damia yang masih tak kunjung tiba. Tiba-tiba sepasang kaki muncul entah dari mana di hadapan Aina. Aina terkejut lantas segera mengangkat mukanya. Dalam pandangan matanya yang masih kabur, sebuah senyuman manis muncul. 'Aku kenal senyuman tu!' teriaknya dalam hati. Matanya segera digosok-gosok agar pandangannya kembali terang.

"Nua?" soalnya sepatah, mengharapkan balasan.
"Ya. Aina tak balik lagi?" jawab Anuar lalu duduk bertinggung di hadapan Aina. Sebotol air mineral di tangannya dihulurkan kepada Aina. Aina memandang hairan. Anuar segera mengisyaratkan Aina supaya mengambil air ditangannya. Aina menundukkan pandangan dan menurut.

"Terima kasih. Belum, Aina tunggu kak Mia" balasnya lalu meneguk air mineral yang diberi. Sememangnya tekaknya terlalu kering dan sangat mengharap Damia tiba dengan membawa air untuknya.

"Sama-sama" jawabnya sepatah sambil terus merenung muka Aina tanpa henti. 

"Apa tengok-tengok?" marah Aina sebaik sahaja menyedari perbuatan Anuar lalu segera mengalih pandangannya.

"Nua perasan muka Aina makin cengkung lah. Mesti penat sebab latihan teater ni kan?" ujar Nua, turut mengalih pandangan. Pipinya mula kelihatan kemerah-merahan.

"Eh? Yakah? Aina dulu bulat ya? Eh, Nua kenal Aina sebelum ni?" terpamer reaksi terkejut di raut muka Aina lalu segera mencari-cari cermin dalam beg sandangnya.

"Eh..erm, tak. Bukan macam tu. Nua balik dululah" Anuar yang terkejut dengan soalan Aina segera cuba untuk melarikan diri daripada Aina sebelum gadis yang dalam sifat ingin tahu itu bertanyakan lebih banyak soalan kepadanya.

"Nua! Jangan cuba lari" segera Aina menghalang jalan Aina dan merampas begnya agar lelaki itu tidak dapat melarikan diri.

"Bagilah balik beg Nua tu Aina" pinta Anuar, separuh merayu.

"Tak nak. Eh, kenapa dengan tangan Nua tu?" soal Aina sebaik terpandang parut yang kelihatan masih baru di tangan kirinya. 

"Tak ada apa apa" ujar Anuar dan segera menyembunyikan tangannya. Di kesempatan itu, Anuar segera memanfaatkan peluangnya untuk merampas semula begnya daripada Aina yang asyik cuba melihat tangan Anuar. Sepantas kilat motornya dicapai dan segera meninggalkan kawasan sekolah. Aina terpinga-pinga dengan kejadian yang baru terjadi. Otaknya masih belum mampu memproses maklumat gara-gara perkara yang terjadi sebentar tadi berlaku dengan sangat pantas.

"Aina, kat sini rupanya dia. Puas akak cari. Aina tengok apa tu?" tiba-tiba suara Damia menyapa dari belakang.

"Aina tengok..hurm, tak apalah. Jom balik." ujar Aina dan segera mengajak Damia untuk pulang ke asrama. Di kepalanya masih berselubung seribu persoalan. Perlakuan Anuar tadi begitu pelik di pandangannya. Aina memutuskan untuk melupakan sahaja kejadian tadi agar fikirannya tidak berserabut. Sekarang, hanya satu sahaja perkara yang menjadi misi utamanya, tilam di asrama yang empuk. Dia ingin segera melelapkan mata dan merehatkan tubuhnya yang keletihan.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Jendela Hati (Part 7)

Hari yang dinanti-nanti sudah tiba. Pelbagai acara telah diadakan sempena bulan bahasa pada tahun ini. Aina tersenyum girang. Walaupun dalam hatinya terdapat sekelumit rasa gementar, dia berasa sungguh teruja untuk mempersembahkan hasil usaha gigih pasukan teater yang telah bertungkus lumus selama sebulan. 

"Baiklah, sekarang tibalah masa untuk sebingkis hiburan buat tontonan semua. Terimalah persembahan teater yang bertajuk "Hikayat Hang Tuah versi moden" kedengaran suara Pengerusi majlis memperkenalkan mereka sebelum tirai dibuka menandakan persembahan bermula.

Seperti yang dijangka, gegak gempita dibuatnya suasana dalam dewan apabila berulang kali tepukan gemuruh diberikan serta gelak-gelak besar yang kedengaran di segenap ruang dewan itu. Ternyata, teater yang berkonsepkan komedi muzikal itu berjaya mencuri perhatian para tetamu undangan. Masing-masing tersenyum puas.

Usai babak Sultan Mahmud Shah yang dilakonkan oleh Amir bertitah mengarahkan Laksamana Hang Tuah beserta sahabatnya menghantar rombongan meminang Tun Teja, tibalah giliran Aina pula untuk keluar ke pentas. Darah gemuruh menyerang tetapi dikuatkan semangatnya untuk melakonkan wataknya dengan sempurna.

Sekali lagi, tepukan paling gemuruh diberikan kepada pasukan teater sekolah sebaik sahaja tirai ditutup. Para pelakon tersenyum girang sambil mengucapkan tahniah sesama mereka.

"Wah Aina! Hebat lah Aina tadi. Kak Mia tabik lah. Betul-betul cantik lakonan Aina" puji Damia sebaik sahaja ternampak Aina di dalam bilik persalinan perempuan.

"Setakat jadi Tun Teja. Mana kejadah cantiknya aku tak tahu" tiba-tiba kedengaran suara sumbang dari arah bilik air.

"Tahulah kau hot sangat jadi Puteri segala bagai. Tak payah nak berlagak sangatlah wei. Benda tak kekal pun" betah Damia yang dapat mengagak siapakah gerangan yang bermulut lancang itu.

"Diamlah kau nenek kebayan! Kau pun sama je. Tua!" kedengaran lagi suara itu walaupun pemiliknya masih belum menunjukkan diri.

"Haziqa! Jangan kurang ajar!" tiba-tiba kedengaran teriakan dari luar bilik persalinan perempuan. Aina dan Damia berpandangan sesama sendiri. Damia memberi signal mengarahkan Aina mengintai siapakah yang bersuara tadi. Aina mengangguk dan segera melihat di sebalik daun pintu.

"Hisyam?!" Aina berteriak kecil lantas menatap muka Damia. Damia mengerutkan keningnya seakan tidak mempercayai kata-kata Aina.

"Siap tukar baju cepat keluar. Cikgu Azim tunggu di kantin" kedengaran suara tadi memberi arahan.

"Haziqa, kau dengarkan? Kami pergi dulu" ujar Damia yang telah selesai berkemas lalu mengajak Aina untuk segera ke kantin.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Jendela Hati (Part 6)

Aina memanjangkan lehernya mencari sesuatu di sebuah tempat tersembunyi. Tangannya menyentuh sesuatu. Segera dicapainya 'benda' itu dan bersembunyi di sebalik balutan selimut. Disemaknya satu persatu mesej dalam peti masuk pesanan di telefon bimbitnya itu. Sekuntum senyuman mekar sebaik sahaja melihat lelaki semalam yang dinamakan 'Misteri' menghantar pesanan malam itu. 

~assamualaikum, adik~
waalaikumussalam. adik? awak lagi tua dari saya ke?
~ya. awak nak tahu, saya dah maju satu lagi langkah dalam mengenali awak~
awak siapa? kenapa tak benarkan saya kenal awak?
~saya masih belum bersedia. insya Allah akan saya perkenalkan diri saya bila tiba masanya nanti~
ok. saya tunggu saat tu. awak kata, awak selangkah mengenali saya? awak pernah bercakap dengan saya?
~ya. awak tak perasan mungkin. jangan cuba selidik siapa saya. saya nak saya sendiri yang bagitahu awak. boleh?~
err, ok. 
~masih belum mahu tidur?~
sekejap lagi, lepas mesej awak. 
~kalau macamtu pergi lah tidur, tak baik tidur lambat. selamat malam :)
ok. selamat malam.

Hati Aina berbunga-bunga. Fikirannya tidak lagi kusut. Dia segera mencapai tudungnya dan melangkah ke jendela berhampiran. Bayu malam mendinginkan lagi hatinya. Senyuman di bibir tidak lekang dari tadi. Ini semua gara-gara si 'Misteri' tadi. Tenang, dia berasa sungguh senang dengan kehadiran lelaki itu.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Jendela Hati (Part 5)

"Okey semua. Kita berhenti setakat ni saja dulu. Esok, kita jumpa lagi ya. Macam biasa. Lagi satu, Haziqa! Maniskan muka kamu tu. Comel dah cukup, tapi kalau asyik masam mencuka orang nak tengok pun tak selera. Ingat, kita ada seminggu je lagi ni" Cikgu Azim menutup tirai latihan pada petang itu dengan teguran bermakna kepada Haziqa yang membawa watak Puteri Gunung Ledang. Haziqa mencebik tanda protes. Berderai ketawa mereka yang berada di dewan itu dengan perlian Cikgu Azim. 

"Haih Nenek Kebayan, senyap saja dari tadi. Tak sihat ke?" tegur Hisyam dengan senyuman nakal. Damia menjeling tajam.

"Kau ni lapar ke? Nak makan ni?" ujar Damia sambil mengacukan buku limanya kepada Hisyam. Hisyam tersengih lagi. Dia meneguk air mineral di dalam botol lalu berlalu ke arah Aina untuk mengusiknya pula.

"Aina ~ Tun Teja kita. Wah wah..makin hebat dia berlakon tadi. Tak nak ajarkan abang ke?" usik Hisyam sambil mengerling ke arah Amir yang menyokongnya dalam diam. Senyuman Aina terus hilang serta merta. Sepantas kilat dia melarikan diri dan menyembunyikan diri di belakang Damia.

"Alah Aina. Kenapa asyik menyorok je dari aku ni. Aku cuma nak berkawan lah. Bukannya nak buat apa-apa kat kau pun" Hisyam memujuk.

"Yalah tu nak berkawan. Kau kalau dengan aku asyik merepek saja. Itulah inilah. Pening kepala aku layan kau" Aina melaung dari belakang Damia sambil menjelir lidah ke arah Hisyam.

"Main jelir-jelir pula dia ni. Tunggu lah kau. Aku balas" giliran Hisyam pula menjelir ke arah Aina. Mengenali Aina membuatkan dirinya berkelakuan seperti anak kecil. Bahkan kenakalannya sekarang semakin menjadi-jadi.

Dari jauh, Haziqa memerhati kelakuan mereka dengan penuh perasaan iri hati. Haziqa yang telah sekian lama meminati Hisyam membenci senario yang baru saja dilihatnya tadi. Hisyam yang sememangnya peramah dan suka bergurau sangat rapat dengan para pelakon teater namun dia langsung tidak pernah bertegur dengan Haziqa. Hal ini menambahkan perasaan sakit hati Haziqa. Justeru, dia selalu tidak dapat fokus kepada latihan yang mereka adakan.

"Aina duduk sini ya. Akak nak berlatih skrip dengan Kak Iqa. Jangan risau, akak ajak Amir dah Hisyam juga. Dah siap nanti kita balik sama-sama ya" dengan lagak seorang ibu, Damia berpesan kepada Aina sebelum berlalu untuk memulakan latihan.

Aina mengangguk laju sambil tersenyum manis. Seketika kemudian, perutnya berkeroncong minta diisi. Perut Aina masih lapar kerana tidak sempat untuk mengambil makanan tengahari gara-gara tertidur setelah balik dari sekolah tadi. Dia menjenguk ke luar tingkap. Warung air batu campur yang terletak di seberang jalan masih dibuka. Air liurnya mulai kecur memikirkan kemanisan air batu campur. Dia segera berlari iuntuk mendapatkan kasutnya yang terletak di tepi pentas.

"Ya Allah, mana pula kasut aku ni" bebel Aina setelah mendapati kasutnya tidak berada di tempat yang diletaknya tadi. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Setelah mencari seluruh kawasan itu, Aina terduduk kepenatan. Tiba-tiba, dia teringatkan amaran Hisyam. Tapi itu tidak mungkin berlaku.Hisyam sedang berlatih dengan Kak Mia. Aina mengeluh kecil. Sudahlah perutnya lapar, kasutnya pula hilang. Riak muka Aina seperti hendak menangis. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. Tiba-tiba sepasang kasut diletakkan dihadapannya. Aina yang hampir menjerit mendongak dengan pantas. Lelaki yang berdiri di hadapannya melemparkan sebuah senyuman.

"Nah" ujar lelaki itu sepatah.

"Jumpa kat mana?" Aina berdiri lalu mengambil kasut yang dihulurkan.

"Tersangkut kat keris Nua tadi. Sorry" ujar lelaki itu sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang putih berseri.

"Keris? Mengarut. Kenapa usik sa..aku macam tu. Tak baik" Aina mula memuncungkan bibirnya.

"Aku? Aina muda. Tak boleh cakap macam tu kat senior. Kita tak pernah tegur kan? Anuar Adi. Panggil je Nua." tegur Anuar, ikhlas.

"Sukahatilah nak cakap apa pun. Ya, tahu. Siapa tak kenal Hang Tuah ni." Aina membangkang sambil menjelir lidahnya sekali lagi.

"Eeii, tak senonoh. Macam lidah lawa sangat" ujar Anuar dengan niat untuk menyakitkan hati Aina sekali lagi.

"Memang lawa pun. Jealous lah tu. Dah lah pergi sana. Sibuk je" balas Aina lalu terus melangkah pergi dengan segera untuk melepaskan hajatnya yang tidak kesampaian tadi. 'Tak kuasa nak bertekak dengan orang macam ni,' ngomelnya dalam hati.

Anuar memerhati dengan senyuman lebar. Puas dapat bertegur dengan gadis comel itu. Matanya mengerling ke arah jam tangannya. Sudah jam 6. Dia perlu pulang ke rumah sekarang. Enjin motornya menderum kuat sebelum kelibatnya hilang di sebalik kabus senja.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Jendela Hati (Part 4)

Aina menghempaskan badannya ke atas tilam yang empuk miliknya. Matanya hampir terlelap dek keletihan kerana latihan teater yang baru dihadiri petang tadi. Secara tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering riang mengejutkan Aina dari tidur ayamnya. Bibirnya mengomel sendiri tanda membenci situasi yang berlaku.

"Hello assalamualaikum?" Aina menjawab panggilan itu. Namun, tiada suara bahkan kedengaran seperti tiada orang dalam talian. Dilihatnya ke skrin telefon bimbitnya. Kali ini Aina ketawa sendirian. Rupa-rupanya nada deringan itu menandakan ada mesej baru yang masuk. Aina menyemak mesej itu. Sebuah mesej dari nombor tidak dikenali menjengah. Senyuman di bibir Aina hilang serta-merta. Dahinya berkerut-kerut memikirkan kebarangkalian yang mungkin ada. 

~assalamualaikum, belum tidur lagi?
waalaikumussalam. belum. siapa ni?
~hanya hamba Allah yang meminatimu. 

Fikiran Aina diselubungi tanda tanya. Dia membuat keputusan untuk menamatkan perbualan pendek mereka pada hari itu di situ saja. Ternyata empunya diri tidak mahu mendedahkan identiti dirinya. Namun, tanda tanya yang bermain di fikiran Aina membuatkan dirinya semakin tertarik untuk mengetahui siapakah pemilik nombor itu.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Jendela Hati (Part 3)

Suasana di dalam dewan besar Dato' Bahaman itu agak bising dengan kehadiran pelajar-pelajar lain yang turut menyertai pementasan teater "Hang Tuah". Aina memerhati sekelilingnya. Dadanya tiba-tiba berdegup kencang. Tidak kelihatan kelibat seorang pun perempuan di situ. Hatinya mula tak keruan. 'Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini' doanya dalam hati. 

"Aina!" panggilan daripada seseorang mengejutkan Aina.

"Eh? Kak Mia! Kak Mia buat apa kat sini? Masuk teater juga ke?" lega hati Aina apabila ternampak kelibat Ain Damia, senior tingkatan 5 yang merupakan teman sebiliknya di asrama.

"Yup. Kak Mia masuk juga. Apa pasal tercegat je kat sini? Jomlah sertai mereka kat sana" Damia mengiakan lantas menarik tangan Aina ke arah budak-budak lelaki yang berada di tepi pentas. Dada Aina berdebar sekali lagi. Dia tidak biasa berhadapan dengan senior-senior terutamanya kaum Adam. Keluhan kecil dilepaskan.

"Amir! Hisyam! Mari sini. Apalah korang ni. Langsung tak pedulikan dia. Dari tadi dia tercegat kat depan pintu masuk tu. Nasib baik tak sejuk kat luar. Kalau tak beku dah budak ni" Damia mula membebel kepada dua rakan sekelasnya itu. Siapa yang tak kenal Ain Damia, gadis yang terkenal dengan mulut becoknya. Bahkan guru-guru pun cukup arif dengan sifatnya yang satu ini.

"Aina, perkenalkan ni Hisyam dan Amir. Mereka kawan sekelas akak. Korang, ni Nur Aina dari tingkatan 4 Permata" Damia memperkenalkan mereka berdua kepada Aina yang malu-malu kucing.

Amir dan Hisyam tersengih-sengih seperti kerang busuk. Mereka hanya mampu melambaikan tangan menandakan salam perkenalan kepada Aina. Setelah berborak-borak seketika, perbualan mereka ditamaktkan dengan kehadiran guru yang bakal melatih mereka iaitu Cikgu Azim. Guru kacak ini hanya kacak pada luaran namun sifatnya yang sedikit lembut membuatkan Aina berasa dalam situasi yang selesa sekarang. 'Seronok juga dapat kenal dengan mereka ni' bisik hati kecilnya.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Jendela Hati (Part 2)

"Assalamualaikum cikgu. Boleh saya jumpa dengan Nur Aina sebentar?" lembut gadis itu menutur bicara kepada Cikgu Lily yang sedang mengajar matapelajaran Sejarah di kelas 4 Permata. 

"Eh Kak Iqa? Err ada apa ni?" soal Aina yang kehairanan sebaik sahaja melangkah keluar dari kelasnya. 'Tak pernah-pernah Kak Iqa bertegur dengan aku' getus hati kecilnya. 

"Nah, ambil ni" gadis yang bernama Haziqa itu menyerahkan sesuatu kepada Aina.
Ss..saya dapat? Alhamdulillah!" teriak Aina dengan teruja. Di tangannya tercatat skrip teater "Hang Tuah" yang akan dipersembahkan sempena bulan bahasa nanti.

"Hah, dah dapat tu jangan nak excited sangat. Latihan jangan ponteng. Petang ni start lepas Asar. Berterusan Isnin hingga Jumaat. Jangan lupa hafal skrip secepatnya. Saya minta diri dulu ye cikgu" berterusan Haziqa memberi penerangan tanpa mendengar sepatah kata daripada mulut Aina. Aina terpinga-pinga dengan perlakuan seniornya tadi. Untuk seketika, dia berdiri dan tidak berganjak dari tempatnya.

"Hah Aina. Buat pana pulak dia kat situh. Masuklah. Tak nak belajar ke?" tiba-tiba suara lantang Cikgu Lily menyedarkan Aina. Aina kemudian tertawa kecil. Geli hati dengan perlakuannya sendiri.


Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Jendela Hati (Part 1)

Aina merenung bintang-bintang yang bergemerlapan di malam yang pekat. Bayu malam menerobos masuk melalui jendela yang mendinginkan tubuh gadis tinggi lampai itu. Pemandangan kotaraya pada waktu malam menghilangkan tekanannya buat seketika. Dada Aina kini terasa lapang. Semangatnya untuk mengulangkaji pelajaran mekar kembali. Jendela ditutup lalu pemandangan indah lenyaplah jua.






P/S : inspired by [K.Will] My Heart is Beating MV. based on experience of the author and the characters of someone. credit to her. Have fun :D

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Nur Solehah

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Okay, first of all this cerpen is dedicated to Nur Solehah bt what aku tak ingat nama bapak kau. HAHA sorry. Amaran keras sila jangan muntah. And thanks to all yang sumbang nama dalam cerita ni. Simply made in 1/4 night. ( I know orang akan cakap baik pergi tahajud. Fine, I'm goinglah ni) Enjoy, assalamualaikum. ^_^ (blushing2. malu ni hehe)


            Bunyi bising dari dapur membantutkan lena Nur Solehah. Telefon bimbit yang berada di atas meja bersebelahan dengan katilnya dicapai dalam keadaan yang masih mamai. Allah! Dah pukul 7.30! Bergegas dia ke bilik air dan segera membersihkan diri. Hatinya bermonolog sendirian, marah dengan kelewatannya bangun pada pagi itu. Ini semua gara-gara rancangan Running Man yang baru dimuat turun di komputer ribanya malam tadi. Usai menunaikan solat Subuh, entah kenapa matanya langsung tidak boleh terbuka lalu katil dipanjat untuk segera tenggelam dalam tidur yang lena.

“Ma…” lembut suara remaja berusia 18 tahun itu menyapa ibunya yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Bau sambal tumis menusuk hidung. Beberapa kali gadis itu terbersin seketika sebelum merangkul pinggang wanita separuh abad yang bergelar ibunya dari belakang.

“Hai anak dara lambat bangun hari ni?” Hajah Zahrah menoleh seketika ke belakang dan menguntumkan sebuah senyuman kepada Nur Solehah sebelum kembali memotong timun segar yang baru dibelinya di pasar raya malam tadi.

“Tidur lambat malam tadi” jawabnya lembut sebelum mencapai pisau dan mula mengupas bawang yang tersedia di atas meja. Jari-jemari runcing milik si gadis sudah semakin mahir dengan peralatan dapur itu walaupun sebelum ini jarang-jarang dirinya berpeluang menolong ibunya di dapur kerana sibuk dengan persekolahan. Hanya setelah tamat peperiksaan SPM inilah saban hari masanya dihabiskan untuk menolong ibu di dapur selain daripada melibatkan diri dalam kelas jahitan di pusat latihan kemahiran berdekatan.

  “Hmm jangan amalkan sangat tidur lambat-lambat ni. Tak elok. Nanti bangun pun lambat. Rezeki pun susah nak masuk” Tidak lupa tanggungjawabnya sebagai ibu untuk mendidik, sebait nasihat dititip Hajah Zahrah buat Nur Solehah.  Nur Solehah mengangguk-angguk tanda setuju dengan kata-kata ibunya itu.

“Assalamualaikum mamaku yang tersayang busuk-busuk!” tiba-tiba suatu suara kecil namun nyaring menerjah ke cuping telinga dua beranak yang sibuk di dapur. Nur Sofia mengucup pipi ibunya sebelum cuba mencuit sambal tumis yang sedang menggelegak di dalam kuali. Namun jari-jemari Hajah Zahrah lebih pantas menepis tangan anak sulungnya itu.

    “Waalaikumussalam. Duduk sana dulu. Sekejap lagi siaplah sambal ni. Tak menyempat betul budak seorang ni” omel Hajah Zahrah sambil terus mengacau sambal yang hampir siap.

  “Hehehe bau dia sedap sangatlah ma, tak sabar nak makan” jawab Sofia sambil menuang air Milo panas ke dalam sebuah mug. Sejurus selepas dihirupnya sekali minuman panas yang masih berwap itu, mangkuk berisi sambal tumis ikan bilis diletakkan di hadapannya bersama-sama dengan nasi dan timun. Matanya membulat, tidak sabar untuk merasa masakan itu.

    “Mmm, sedapnya ma! The best! Solehah, bolehlah mula belajar masak dengan mama sekarang. Tak lama lagi jadi isteri orang” Sofia begitu teruja menikmati sarapan sambil terus-terusan memuji nasi lemak masakan ibu kesayangannya itu.

    “Eh apa Along merepek ni. Lambat lagi okey” Solehah yang tidak menyangka kakaknya akan berkata sedemikian sempat menjeling ke arah gadis berusia 23 tahun itu.

    “Lambat apanya. Kalau dah ada tu tak payah nak lengah-lengahkan. Tak elok” giliran si kakak memberi nasihat. Solehah mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. ‘Apalah yang direpekkan Along ni’ bisik hati kecilnya.

    “Apa?! Kahwin? Mama apa ni? Solehah tak nak kahwin lagi” Terbuntang mata gadis berkulit hitam manis itu setelah mendengar penjelasan daripada ibunya. Otaknya ligat berfikir. Bagaikan baru dihempas tsunami, fikirannya hanyut dibawa arus deras air laut yang mengganas. Seganas kedengarannya berita yang disampaikan ibunya.

    “Apa salahnya nikah muda, sayang? Lelaki yang pilih Solehah itu pun datang dari keluarga yang baik-baik” tenang Hajah Zahrah cuba berkomunikasi dengan anaknya di meja makan.

    “Pedulilah soal lelaki, ma. Ini soal masa depan Solehah. Mama tahu sangat kan anak mama ini nak jadi doktor? Lama Solehah simpan cita-cita ini. Susah payah Solehah berusaha mencapainya mama” Solehah mula mengemukakan pandangannya. Hatinya memberontak kencang. Tidak setuju dengan tindakan ibunya yang cuba memujuknya untuk menerima pinangan itu.

    “Mama tahu sayang, tapi bukannya wanita tak boleh berjaya jika berkeluarga. Ramai sahabat-sahabat mama di Indonesia dahulu kahwin awal tapi tetap berjaya dalam kehidupan mereka. Besar gaji dan juga pangkat. Hidup selesa, bahagia sampai sekarang” Hajah Zahrah mencuba lagi untuk mencucuk jarum.

“Bukan gaji yang Solehah kejar ma, tapi tu…saudara-saudara seagama kita yang perlukan bantuan di luar sana. Bila bersuami nanti pergerakan Solehah terbatas. Solehah dah jadi tanggungjawab suami. Solehah juga bertanggungjawab ke atas suami. Sukar Solehah nak bantu mereka ma!” tegas Solehah menyatakan pendiriannya.

    Hatinya kesal. Kenapa mama boleh berfikiran begitu? Bukankah impian setiap ibu bapa melihat anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat? Niatnya suci, ingin berjihad ke jalan Allah dengan menghulurkan bantuan seberapa boleh. Apalah sangat kudrat wanita sepertinya yang mampu disumbangkan jika bukan dengan cara ini? Ah! Solehah merengus perlahan.

    “Seteguh mana pun seorang wanita itu, dirinya tetap seorang wanita yang dijadikan Allah lemah, lembut dan mudah terjatuh. Saat itulah wanita perlu semangat untuk bangkit untuk kembali memperjuangkan matlamat dan misinya. Suamilah orang paling tepat untuk terus menyokong wanita dari belakang” ujar Hajah Zahrah lembut. Bibirnya bukannya sekadar berfalsafah mengikut telunjuk hati tapi gurunya iaitu pengalaman banyak mengajar erti kehidupan.

    Kenangannya berputar kembali pada zaman jatuh bangunnya badan dakwah yang diusahakan sejurus selepas tamat pengajian di Medan, Indonesia. Era itu masyarakat masih berfikiran sempit. Wanita masih takut-takut dan cuma hidup di bawah telunjuk suami. Setiap perintah dan larangan dituruti tanpa ada ruang untuk menyatakan pandangan. Isteri yang menegur itu dikatakan memandai-mandai. Sayangnya turut digelar isteri derhaka. Usahanya dikecam teruk orang sekeliling. Namun, suaminya Haji Jamaluddin teguh berdiri di belakangnya, tidak berganjak walau seketika, mata dan telinga sentiasa bersedia membantu isteri yang tercinta. Sempat Hajah Zahrah mengucap syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan nikmat seorang suami yang begitu memahami dan serasi dengan dirinya.

    “Sia-sialah begitu kata-kata mama yang mendorong Solehah menjadi seorang wanita yang tabah, berani, cekal dan tidak mudah goyah dengan ujian dunia. Tiada erti wanita itu tabah jika dia masih memerlukan orang lain selain Allah dan RasulNya. Solehah yakin Solehah mampu merealisasikan matlamat Solehah tanpa seorang lelaki, mama. Keluarga sudah cukup buat Solehah” petah si gadis membangkang kata-kata ibunya. Pendiriannya tetap kukuh.

  Solehah teringat kembali memori tahun-tahun sepanjang berada di alam persekolahan. Manusia yang bernama lelaki begitu menyeganinya. Tunduk kepala mereka tatkala Solehah melintas di hadapan. Si pemidato hebat sangat tegas dengan hubungannya dengan lelaki. Tiada yang berani menghampirinya kecuali Hanan, sepupu lelakinya. Itu pun masih diletakkan jurang yang besar antara hubungan mereka berdua. Statusnya sebagai anak bongsu pengerusi Badan Dakwah Wanita Sri Petaling membuatnya sentiasa berhati-hati dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Tidak mahu nama mamanya tercalar atas kesilapannya. Lantang juga dia menyatakan cita-citanya untuk membantu saudara seagamanya di Palestin, bumi yang saban hari bergolak. Tak pernah lekang di bibirnya senyuman tatkala berbicara tentang usahanya untuk menjejakkan kaki ke sana.

    Dan sekarang, ibunya seperti cuba untuk memusnahkan apa yang diperjuangkan selama ini untuk membuktikan kemampuan wanita untuk berjaya tanpa lelaki. ‘Wanita juga boleh mengatasi lelaki. Ini dunia moden. Manusia sudah berfikiran matang. Matlamat wanita harus diperjuangkan. Biar setaraf darjat dan pangkat,’fikirnya.

    “Bukannya wanita yang bersuami itu tidak tabah, tidak cekal dan tidak mampu menahan ujian dunia, Solehah! Solehah, Solehah anak yang pintar. Setiap tindakan bukan diiringi kata-kata sahaja. Harus ada sebab dan rasionalnya tindakan itu dilakukan. Masakan Solehah ingin menolak seorang lelaki yang baik, beragama dan menyayangi Solehah? Yakinkah Solehah akan menemui seseorang yang serupa dengannya pada masa hadapan?” Hajah Zahrah mula geram dengan kata-kata anak gadisnya. Ternyata si bongsu ini keras kepala, terlalu dengan pendiriannya untuk menegakkan kemampuan wanita.

    Terdiam sebentar si gadis. Otaknya ligat menyusun kata dan fakta bagi mengukuhkan tindakan yang akan diambilnya kelak.

    “Kalau benarlah dia sayang Solehah, tak bolehkah lelaki itu tunggu Solehah sampai Solehah berjaya capai apa yang Solehah mahukan, mama?” mengendur nada yang diutarakan kali ini. Topik mula berubah ke arah si lelaki yang ingin menjadikannya makmum dalam solatnya nanti.

            Tiba-tiba telefon rumah berdering. Keluar seketika mereka dari perbincangan serius antara ibu dan anak itu. Laju Hajah Zahrah mengatur langkah menuju ke ruang tamu untuk menjawab panggilan telefon.

            “Solehah! Sini sekejap, sayang” tersentak Solehah apabila mendengar namanya dilaung dari hadapan. Langkahnya longlai tatkala berjalan menuju ke arah datangnya suara itu.

            “Sini, panjang umur lelaki tu. Baru dibincang pasalnya, dah telefon. Ada jodohlah tu. Ni, dia nak cakap dengan Solehah” Hajah Zahrah menghulurkan gagang telefon kepada anaknya sambil tersenyum manis. Cuba memujuk mungkin. Solehah mencebik. Berkerut-kerut mukanya. Gagang telefon yang dihulur belum dicapai. ‘Berani betul lelaki ni cuba bercakap dengan aku. Besar kemungkinan dia tidak kenal aku macam mana orangnya. Ada hati nak beristerikan aku, huh’ omelnya sendirian dalam hati sebelum mencapai gagang telefon dari tangan ibunya.

            “Assalamualaikum” lembut suara itu memberi salam. Seakan terkena renjatan elektrik, Solehah terkedu seketika. Tidak mampu berkata-kata. ‘Ish kenapa dengan aku ni?’ bisiknya dalam hati. ‘Suara dia…’

            “Wa..waalaikumussalam warahmatullah” akhirnya dia berjaya mengeluarkan suara untuk menjawab salam yang dihulurkan lelaki itu.

            “Solehah sihat?”

            “Alhamdulillah, sihat. Ada apa telefon?” Solehah menjawab dingin. Anak matanya dilirikkan ke arah ibunya yang setia di sisi. Ternyata riak muka Hajah Zahrah tidak menyukai nada suara yang digunakan. Solehah mengeluh perlahan.

            “Oh tak ada apa-apa. Cuma ingin bertanya khabar. Alhamdulillah, Solehah sihat” lelaki itu bersuara lagi.

            “Ya, thanks to Allah. So, you already knew I’m in extremely good condition and now what more do you want?” suaranya sedikit perlahan dan mula bersopan dengan si lelaki yang sedang bercakap dalam telefon.

            “Salam perkenalan? Khuatir kalau-kalau pinangan ditolak, kita masih boleh jadi kawan seperti dahulu”

            “Saya tak semudah itu nak dijadikan teman. Kita tak kenal antara satu sama lain and…what? What did you said just now? Kawan seperti dahulu? Dear mister, I bet you have got the wrong person. Saya tak ada kawan lelaki” nada suaranya mula mengeras seperti mula-mula.  Entah mengapa hatinya tiba-tiba panas.
            “Awak ada, dulu. Sebelum awak simpan cita-cita nak ke Palestin 5 tahun lalu” dengan yakin si lelaki berkata-kata. Solehah terkedu. Bagaimana dia boleh tahu benar akan cita-citanya? Perbualan dengan lelaki yang tidak dikenalinya mula menjadi semakin menarik.

“Macam mana awak tahu?” soal Solehah, meluru-luru rasa ingin tahu dalam hatinya.

            “Awak tiru saya” jawab lelaki itu disusuli gelak kecil.

            “S..siapa nama awak?” Jantung Solehah berdegup pantas. Siapakah lelaki yang datangnya dari masa lalunya? Lelaki ini kedengaran benar-benar mengenalinya.

            “Orang panggil Fahim” Satu hentakan seakan-akan dirasakan di atas kepala Solehah detik ini.

            “Aidil..Fahim?” terketar-ketar suara Solehah cuba menuturkan nama itu dari mulutnya.

            “Yup. I told you. You knew me, right?”

            “Fahim, bagi saya tempoh 3 hari untuk jawab pinangan awak boleh?” Biarpun suaranya bergetar dan fikirannya bercelaru saat ini, Solehah lancar
membuat satu permintaan kepada lelaki yang bernama Aidil Fahim itu.

            “Ambillah tempoh selama mungkin yang awak perlukan. I guess you want the answer with some helps from a Great friend, aren’t you?” tenang lelaki itu memberi persetujuan.

            “You guessed well. Baiklah. Sampai bertemu lagi 3 hari. Assalamualaikum” perlahan-lahan Solehah mematikan panggilan. Entah mengapa hatinya tiba-tiba menjadi sebak.

            “Ma, Allah dah jawab doa Solehah selama ini” ujar Solehah tatkala berpaling ke arah ibunya yang masih lagi tersenyum di sisinya. Deras air matanya mengalir tak mampu ditahan. Panggilan itu tadi betul-betul mengubah pendiriannya dalam sekelip mata sahaja.

            “Kan Mama dah cakap. Cita-cita Solehah tak mungkin terbantut dengan berkahwin, sayang. Bahkan Allah permudahkan perjalanan Solehah dengan menjadikan sukarelawan yang dah lama berkhidmat di Palestin untuk dijodohkan dengan anak mama. Mulai malam ni, buatlah apa yang patut. Istikharah, mohon petunjuk dan pertolongan dari Allah tentang perkara ni. Mama dan Fahim tunggu lagi 3 hari” tenang dan lembut Hajah Zahrah berkata sambil memeluk erat gadis suntinya. Sempat dia berbisik dalam hatinya, tidak akan sesekali dia berasa menyesal menyerahkan tanggungjawabnya untuk menjaga Solehah kepada seorang lelaki yang sempurna buat anaknya biarpun gadis sunti itu masih mentah. Ditatap wajah Solehah yang masih basah dengan air mata. Pasti gembira benar anaknya apabila mengetahui siapa bakal suaminya nanti.

            “Ya Allah, aku terima takdirMu dan aku bersyukur dengan ketentuanMu” ucapnya perlahan sambil terus mengusap ubun Nur Solehah. 

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Monday, 30 March 2015

Sebelum dewsa...throwback

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum
Terjumpa ni dalam file kat laptop. Have a glance of how childish I was. Presenting...



Assalamualaikum


What de..tadi tengah sedap2 tengok Winner TV tetibe kena kacau. What da..haish jinja. Internet tutup. Modem kena ambil. Tu ah gelak kuat sangat. Mana taknya, Winner seres merepek like seriously apahal doh korang ni makan apa jadi tak betul sangat perangai.


Ok..again I’m back with something that stirred my feeling this week.

U know what, my ex-bf’s mom called me and wished me luck for my SPM. Dude, surprising huh? Not yet. Told my BFF’s son about this and he told me that my ex-bf asked for my phone number.
My expression was like


TARATARATARAAAAAAAAAAAA~~~~~~*fireworks*


Ofc. I squealed at that moment like seriously, your ex-bf! The one whom you regretted for asking for a break up. Huh, don’t get me started. He became a lot better and somehow, I just seems can’t stand on the same level as him anymore.

Well, can I just say that he’s actually my crush? Used to be before we started dating and after breaking up, he’s still my crush.

The person I’ve been admiring, the person I’ve been envying, the person who motivates me when my mom starts comparing us (yes, she knows him well) and the person who fits 2/3 of my ideal type.
Yes, I admit I tried to find other guys who could probably be my next crush. Yeah, I did flatter because of some people but no one can beat my heartbeat’s speed when someone talk about that ex-bf.


His mother is a very kind person and she always ask about her children’s friends. Since I was kinda a rival yet close friend to my ex-bf, the mother always keeps up with news about me and my family. So, the call from her this week was not very out of sudden but still surprising.


A text message arrived on Monday. The one from my ex-bf. Whoo..it has been a year since we last talked and met, and nearly 5 years since we last asked for each other’s well being. Awkward yet exhilarating because I couldn’t stop grinning!!

Though it has been only 2 years since I learned to let him go, he stuck on my mind like a gum. And his sudden appearance this year got me thinking again.



Aish, it’s hard to be in love



Written in SPM era.
Wah..how I miss being in love like that.
*deep sigh*

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Friday, 27 March 2015

Lapar membuatkan anda tak boleh tidur

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Today is Friday. Well, actually yesterday lah sebab I'm writing this pada 4.44 a.m and the reason I'm still wide awake is sebab aku lapar woiiii! Ya Allah, Dia je yang tahu camne aku berguling-guling kelaparan sekarang. Aku nak try ah tak tidur sampai Subuh. Dah Subuh, solat dan ke pasar lah kita.

Then aku tidur.

Anak dara yang senonoh. Peduli pulak aku. Lambat lagi nak kahwin.

Risau. Harini banyak sangat benda yang buat aku gembira. Risau esok lusa aku menangis. Taknak! Taknak! Ya Allah, jangan buat aku menangis sekarang please. Bagi aku satu je lagi kegembiraan. Lepas interview IPG. It's on Tuesday the week after next.


Oh ada satu benda yang buat aku malu harini. Malu rasa nak sorok muka dalam kolam loji. Punya malu


Aku terbubuh ajinomoto dalam kentang sebab aku ingat garam. Macamana boleh jadi? Haha entah. Ni semua gangguan syaithonnirrojim. Kesian Lia. Ampuni gue.

Oh btw aku baca nukilan aku yang last tulis masa form 4 kot. Aku rasa macam 'Wow, did I realy write that?"


Bangga baq ang hahahaha. Entah bila nak sambung. Mungkin aku akan usahakan dalam masa yang terdekat sebab sayang oih. Kalau habis, boleh lah hantar dekat mana-mana publisher. If there's any luck, Nur Liyana Safwanah akan jadi penulis!!


Under the name of Lyeanna Wana. muahahahahhaa *berangan*

Ok bye. Nak redakan ribut taufan dalam perut ni. Bergejolak dari tadi.
Assalamualaikum and good monight!

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Tuesday, 24 March 2015

Loyalty and trust

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..


Lately entries beta semuanya pasal future. Syak wasangka aku mengatakan ada yang dah bosan membaca. Benar atau tidak? Tidak sebab sebenarnya tak ada yang baca pun. Lalalala~

*seret teddybear*

 Tak ada throwback ke? Life kat PLKN ke...

PLKN? Best. Best gila rasa taknak balik. Tak rasa perlu aku cerita peristiwa penting kat PLKN sebab bagi aku, part best nya tu aku je yang rasa. Yalah aku jiwa sastera sikit. Jadi penghargaan terhadap kenangan tu mungkin berbeza dengan orang lain. 


Cumanya aku nak cakap, aku bangga dengan diri aku. Sebelum ke PLKN, aku ada wish farewell to beberapa orang yang aku kasihi lagi hargai dan bakal rindui dan alhamdulillah, 2 bulan tak bermakna apa-apa untuk hubungan kitorang.

Masa kat kem, aku tak pernah putus contact best friend aku, Teacher Shima.

Masa kat kem, aku tak lupa birthday Polar Bear.

Masa kat kem, aku selalu rangka plan hangout dengan Ain Na dan Rafiqah dalam kepala.

Masa kat kem, aku selalu text adik-lah-sangat aku yang bagi teddy bear kecil sebelum ke PLKN.

Dan aku paling tak lupa nak gossip dengan adik aku. 

Dari situ, aku baru tahu aku ni setia. Sebab apa aku setia? Sebab mereka semua ni ambil masa lama untuk peroleh kepercayaan aku. Ya, aku sangat susah percaya orang.


Adik aku, cukup 17 tahun aku hidup dengan dia,
Polar Bear, cukup 3 tahun aku berbalas-balas buli dengan dia.
Ainna, teman hingusan sejak darjah 2.
Rafiqah, macam-macam aktiviti dari buat rumah pokok sampai tawaf longkang 1 desa aku buat dengan dia mula 5 tahun.
Adik-lah-sangat, hampir 3 tahun dia taknak panggil aku 'akak' sebab aku macam kawan dia je
Teacher Shima, hampir 5 tahun air mata dan tawa aku kongsi dengan dia.


Hubungan yang terbina sekian lama tu sepantasnya aku balas dengan kesetiaan. Tempoh masa yang bertahun-tahun mereka perlukan untuk secebis kepercayaan.


2 bulan? Apalah sangat untuk jejaskan yang namanya persahabatan. 

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Tuesday, 17 March 2015

Bringing out the best from the worst

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Haven't updating for quite a while. Busy + malas.

Tadi re-watch video Matluthfi. Maklum, baru lepaih baca buku dia. It was surprising bila dapat tahu he wrote that book when he was arrested atas kesalahan yang dia takbuat. Dia kena fitnah sebenarnya.


So, aku pun rasa aku kena hit by life hard untuk hasilkan karya agung.
Takpun diuji dengan hebat.

Amboi, macam mintak je.

Taknak aih. Allah, permudahkan segalanya. Jangan Kau persulitkan. 

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Wednesday, 4 March 2015

.....and so SPM result dah keluar

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua.

Result SPM dah keluar. Apa-apa pun tahniah untuk semua atas segala usaha dan titik peluh yang dah dicurahkan sepanjang buat persediaan untuk menghadapi SPM.

Result belakang cerita. SPM bukan penentu segalanya. SPM cuma pembuka jalan. Gagal sekali bukan gagal selamanya. Allah cakap siapa yang berusaha dia berjaya. Allah tak cakap siapa cemerlang SPM dia berjaya.

Result beta?
Alhamdulillah. Boleh senyum masa ambil. Terima kasih mak ayah cikgu kawan sebab banyak support dan tolong sepanjang bersengkang mata dan menangis air mata darah. paling terima kasih kat Allah atas rezeki ni. syukur atas nikmat kejayaan yang manis ni.

Sekarang, masa untuk berdoa agar jalan merealisasikan cita-cita Allah permudahkan.


Robbi yassir wa la tuassir ya Kareem...

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Monday, 2 March 2015

Sorry ah. Esok result SPM keluar

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Sorrylah banyak delete post sebelum2 ni. Bukan apa, rasa macam mengarut je lebih. Nak fefeeling, takde feeling. Dah guane. Hanya mampu merepek.

Oh!
Tadi ada seorang budak ni tiba-tiba muncul kat tempat kerja beta like seriously magic. I seriously couldn't believe my eyes ah time tu.

Eh!!! kenapa dia ada kat sini. Menggigil rasa masa layan dia nak makan and minum. Nervous. Lup dup lup dup makin laju. dah lupdupdfgvhbjnmk. hah gitu bunyi dia.

Baru ingat nak lupakan dia. Dia pun macam busy macam dah lupa aku wujud serious dah lama pendam rasa terasa dengan dia. Tsk tsk . Seminggu boleh hidup. Serious. Tak ingat pun kat dia. Alhamdulillah. Gembira rasa time tu

Tup tup muncul depan mata.
Terkejut oh mak kau lah cerita dia.

K. Allah tak bagi kita berpisahlah. Kita still kena kawan baik.

Kan, Polar Bear?


Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Sunday, 1 March 2015

So Bobby said....

"Growing fond of people is scary. We don't know when they'll leave"

-iKON's Bobby-


Dear friend,
bila sekali lagi kau dapati aku minta barang aku kat kau, maksudnya aku dah tak mampu percaya kau.

Kepercayaan yang perlu waktu lebih sebulan untuk dapat dan beri dulu.

Remember when we were given options

"Saya percayakan awak"
"Saya tak pasti saya percayakan awak"
"Saya tak peduli"


hurt more and I'll just pick the third option.



Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Tuesday, 24 February 2015

Future

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah

Today is Tuesday. A historical day for me because it's my first day working. Awkward, yes. Just hoping I'll do a better job tomorrow.

So...woo. 5 more days to go. Scared to death, seriously and honestly. Just preparing myself for the worst and expecting lower than usual because I don't want to be disappointed.

I miss my classmates, yes so much. I miss the memories of struggling with studies. Shedding tears because of stress and frustration. Those are the bitter memories but still, if we look back, they are still beautiful memories for me.

Sitting alone while thinking ahead about my future, I always wonder what'll I become to be. Will I manage to achieve my goal? Can I survive in this world? How about the others? My friends? Will they leave me and go their own ways like what I see on TV and movies?

The questions can only be answered one by one after we all receive our SPM result.

Ah, SPM.


My nightmare. 

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Friday, 5 December 2014

Let's meet 3 months later okay?

Assalamualaikum warahmatullah

It's 4.01 a.m and I can't sleep!!! Spending my time with Winner. Who's Winner? You'd better check out YG Entertainment's new group Winner. Actually I first know them from the title song of their debut album, Empty.

and I was like "Okay I don't like this rookie group that slays all trophies in music shows but the intro of the song is cool"

Turns out I'm being a HUUUUGGGGGEEEE fan of Winner right now. Aha! Tambah lah part Lee Seunghoon was born exactly on 11 January. Same birth date as me yawwww!

Kalau cakap pasal Winner memang tak berhenti. They're like the real superstars. The idols that endure hardships and obstacles to rise on top right now. And for sure, I wanna be like them. Endure hardships and rise to be on top in my specialty. Hehe :D

Mak cakap minat jangan obses. Tak obses, admire je.

Erm, oh yeah I forgot to announce my freedom! Yeah its been exactly 10 days since my last paper of SPM. Daebak soalan tahun ni. Gotta pray hard so that I'll manage to get a great result later.

Not so many things happened since masa sangatlah sedikit untuk berjimba. Like 10 hari je kot. Balik kampung bagai dah berapa hari. But seriously I enjoyed the 10 days I got.

Got to watch The Hunger Games 3 Part 1 dengan my very best friend, BBQ party with my friends, lepak kat KFC dengan my two best friends and ofc, enjoying every single day being with my family.

Honestly, the more you realize you have very little time to spend for things, the better you manage it.

I didn't have the intention to make this a longggg entry but I really want to convey my feelings towards some people who I didn't get to do before.

To Khairin Rafiqah Amni and Ain Na Syafiqa, I'll miss you both. No other words. I'll just really miss the 3 of us.

To my two shoulders and lovely girls(?) who turn out to be my former English teacher and my dearest younger sister, Teacher Hashimah and Nur Diyanah Athirah. I'll definitely missing our story telling session.

and dik, I don't think u'd read this but thank you for the letter and sensible gift. I appreciate it very much. Thank youuu very very very very much for thinking highly of me. I never thought u'd do that since you're a much greater person than I am. But still. thank you :D

And for those who told me that they will certainly miss me, thank you and please wait for me. Thank you for the gifts. Thanks for love and care. I'll be going to live an independent live. Hah! daaa everyone!

Assalamualaikum

Nur Liyana Safwanah.
6.12.2014
4.21 pagi.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai