Aina memanjangkan lehernya mencari sesuatu di sebuah tempat tersembunyi. Tangannya menyentuh sesuatu. Segera dicapainya 'benda' itu dan bersembunyi di sebalik balutan selimut. Disemaknya satu persatu mesej dalam peti masuk pesanan di telefon bimbitnya itu. Sekuntum senyuman mekar sebaik sahaja melihat lelaki semalam yang dinamakan 'Misteri' menghantar pesanan malam itu.
~assamualaikum, adik~
waalaikumussalam. adik? awak lagi tua dari saya ke?
~ya. awak nak tahu, saya dah maju satu lagi langkah dalam mengenali awak~
awak siapa? kenapa tak benarkan saya kenal awak?
~saya masih belum bersedia. insya Allah akan saya perkenalkan diri saya bila tiba masanya nanti~
ok. saya tunggu saat tu. awak kata, awak selangkah mengenali saya? awak pernah bercakap dengan saya?
~ya. awak tak perasan mungkin. jangan cuba selidik siapa saya. saya nak saya sendiri yang bagitahu awak. boleh?~
err, ok.
~masih belum mahu tidur?~
sekejap lagi, lepas mesej awak.
~kalau macamtu pergi lah tidur, tak baik tidur lambat. selamat malam :)
ok. selamat malam.
Hati Aina berbunga-bunga. Fikirannya tidak lagi kusut. Dia segera mencapai tudungnya dan melangkah ke jendela berhampiran. Bayu malam mendinginkan lagi hatinya. Senyuman di bibir tidak lekang dari tadi. Ini semua gara-gara si 'Misteri' tadi. Tenang, dia berasa sungguh senang dengan kehadiran lelaki itu.
0 comments:
Post a Comment