Aina menghempaskan badannya ke atas tilam yang empuk miliknya. Matanya hampir terlelap dek keletihan kerana latihan teater yang baru dihadiri petang tadi. Secara tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering riang mengejutkan Aina dari tidur ayamnya. Bibirnya mengomel sendiri tanda membenci situasi yang berlaku.
"Hello assalamualaikum?" Aina menjawab panggilan itu. Namun, tiada suara bahkan kedengaran seperti tiada orang dalam talian. Dilihatnya ke skrin telefon bimbitnya. Kali ini Aina ketawa sendirian. Rupa-rupanya nada deringan itu menandakan ada mesej baru yang masuk. Aina menyemak mesej itu. Sebuah mesej dari nombor tidak dikenali menjengah. Senyuman di bibir Aina hilang serta-merta. Dahinya berkerut-kerut memikirkan kebarangkalian yang mungkin ada.
~assalamualaikum, belum tidur lagi?
waalaikumussalam. belum. siapa ni?
~hanya hamba Allah yang meminatimu.
Fikiran Aina diselubungi tanda tanya. Dia membuat keputusan untuk menamatkan perbualan pendek mereka pada hari itu di situ saja. Ternyata empunya diri tidak mahu mendedahkan identiti dirinya. Namun, tanda tanya yang bermain di fikiran Aina membuatkan dirinya semakin tertarik untuk mengetahui siapakah pemilik nombor itu.
0 comments:
Post a Comment