Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Jendela Hati (Part 7)

Wednesday, 1 April 2015

Jendela Hati (Part 7)

Hari yang dinanti-nanti sudah tiba. Pelbagai acara telah diadakan sempena bulan bahasa pada tahun ini. Aina tersenyum girang. Walaupun dalam hatinya terdapat sekelumit rasa gementar, dia berasa sungguh teruja untuk mempersembahkan hasil usaha gigih pasukan teater yang telah bertungkus lumus selama sebulan. 

"Baiklah, sekarang tibalah masa untuk sebingkis hiburan buat tontonan semua. Terimalah persembahan teater yang bertajuk "Hikayat Hang Tuah versi moden" kedengaran suara Pengerusi majlis memperkenalkan mereka sebelum tirai dibuka menandakan persembahan bermula.

Seperti yang dijangka, gegak gempita dibuatnya suasana dalam dewan apabila berulang kali tepukan gemuruh diberikan serta gelak-gelak besar yang kedengaran di segenap ruang dewan itu. Ternyata, teater yang berkonsepkan komedi muzikal itu berjaya mencuri perhatian para tetamu undangan. Masing-masing tersenyum puas.

Usai babak Sultan Mahmud Shah yang dilakonkan oleh Amir bertitah mengarahkan Laksamana Hang Tuah beserta sahabatnya menghantar rombongan meminang Tun Teja, tibalah giliran Aina pula untuk keluar ke pentas. Darah gemuruh menyerang tetapi dikuatkan semangatnya untuk melakonkan wataknya dengan sempurna.

Sekali lagi, tepukan paling gemuruh diberikan kepada pasukan teater sekolah sebaik sahaja tirai ditutup. Para pelakon tersenyum girang sambil mengucapkan tahniah sesama mereka.

"Wah Aina! Hebat lah Aina tadi. Kak Mia tabik lah. Betul-betul cantik lakonan Aina" puji Damia sebaik sahaja ternampak Aina di dalam bilik persalinan perempuan.

"Setakat jadi Tun Teja. Mana kejadah cantiknya aku tak tahu" tiba-tiba kedengaran suara sumbang dari arah bilik air.

"Tahulah kau hot sangat jadi Puteri segala bagai. Tak payah nak berlagak sangatlah wei. Benda tak kekal pun" betah Damia yang dapat mengagak siapakah gerangan yang bermulut lancang itu.

"Diamlah kau nenek kebayan! Kau pun sama je. Tua!" kedengaran lagi suara itu walaupun pemiliknya masih belum menunjukkan diri.

"Haziqa! Jangan kurang ajar!" tiba-tiba kedengaran teriakan dari luar bilik persalinan perempuan. Aina dan Damia berpandangan sesama sendiri. Damia memberi signal mengarahkan Aina mengintai siapakah yang bersuara tadi. Aina mengangguk dan segera melihat di sebalik daun pintu.

"Hisyam?!" Aina berteriak kecil lantas menatap muka Damia. Damia mengerutkan keningnya seakan tidak mempercayai kata-kata Aina.

"Siap tukar baju cepat keluar. Cikgu Azim tunggu di kantin" kedengaran suara tadi memberi arahan.

"Haziqa, kau dengarkan? Kami pergi dulu" ujar Damia yang telah selesai berkemas lalu mengajak Aina untuk segera ke kantin.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: