Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Jendela Hati (Part 10)

Wednesday, 1 April 2015

Jendela Hati (Part 10)

~assalamualaikum~
waalaikumussalam
~buat apa tu?~
baru lepas siapkan homework. kenapa?
~dalam bilik yang gelap tu? macamana boleh nampak?~

Aina tergamam seketika. Bagaimana dia mengetahui bahawa Aina sedang berada dalam gelap? Dadanya berdegup kencang. Peluh sejuk mula membasahi dahinya. Dilihatnya keadaan sekitar. Senyap. Jam sudah menunjukkan angka 12. Memang patut keadaan di situ sepi sekali. Hanya kedengaran dengkuran halus dari katil-katil yang berhampiran. Aina memandang ke arah bulan yang terselindung di sebalik awan. Tiba-tiba, idea untuk mengorek identiti si 'Misteri' menjengah ke mindanya. Segera dicapainya tudung dan telefon bimbitnya lalu menyorok di sisi tingkap berdekatan. Matanya melilau mencari tempat yang sesuai untuk dipasang 'perangkap'nya.

mata saya terang lagi. lagipun cahaya bulan terang. tambah lagi ada lampu jalan kat sini
~bulan terang? apa yang awak merepek ni? kelam je. lagipun mana ada lampu jalan dekat dengan bilik awak tu~

Balasan yang diterima oleh Aina bertepatan dengan apa yang diharapkan. Langkah seterusnya diatur. Laju tangannya menekan kekunci di telefon bimbit.

mana awak tahu? cuba tengok bulan kat luar, betul-betul terang

Aina tersenyum di sebalik kegelapan biliknya. Ternyata, perangkapnya mengena. Dari arah pandangan Aina, kelihatan kelibat seseorang yang datangnya dari sebuah rumah berhampiran dengan sekolah menuju ke arah tingkap. Sebaik sahaja terpandang si 'Misteri' menjenguk ke luar tingkap untuk melihat bulan, serentak mulut serta matanya terbuka luas. 'Misteri' yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek melihat-lihat ke luar seketika dan duduk di atas birai jendela yang terbuka luas.

"Anuar?!" teriaknya dalam hati. Matanya dikelip-kelip serta digosok-gosok beberapa kali. Seakan tidak percaya dengan pandangannya sendiri, Aina mendail nombor si 'Misteri' dan membuat panggilan untuk pertama kalinya. Memang benar, dari jauh kelihatan skrin telefon bimbit lelaki itu menyala-nyala. Memang tidak syak lagi. Kesan parut yang terdapat di tangan kiri lelaki itu menguatkan lagi bukti yang sudah berada di hadapan matanya itu.

"Hello, assalamualaikum" kedengaran suara menjawab panggilan telefon.

"Waalaikumussalam. Erm...Tak apa ke saya telefon tiba-tiba ni?"  Aina memulakan bicara sambil cuba untuk menenangkan dirinya.

"Tak apa. Esok kan cuti. Awak tak tidur lagi ke?" balas Anuar tanpa mengesyaki apa-apa pun.

"Belum, tengah tatap bulan. Cuma bulan hari ni tak pakai bajulah pulak" ujar Aina sambil tergelak kecil.

"Hah? Bulan? Tapi.. Awak nampak saya ke? Tak mungkin! Maksud awak..? "kata-kata Anuar terhenti
sebaik sahaja terpandang seseorang yang sedang mengintainya dari celahan tingkap.

"Ya, Aina dah tahu. Pandai Nua berlakon ya" Aina mengiakan kata-kata lelaki itu diiringi dengan perbuatan yang selama ini menjadi trademarknya iaitu dengan menjelir lidah tanda mengejek.

"Mestilah, kalau tak bukan Hang Tuah namanya ni" ujar Anuar dengan yakin lantas membalas perbuatan Aina dengan melakukan aksi yang sama.

"Akhirnya terkantoi juga. Pandai Aina selidik ya, ingat nak beritahu esok sewaktu jamuan budak-budak teater" sambungnya lagi.

"Bukan Aina yang pandai. Nua yang tak hati-hati. Kan dah terkantoi. Hihihi..." tukas Aina menafikan kata-kata Anuar.

"Cantik.."sepatah kata terpacul keluar dari mulut Anuar tatkala melihat senyuman Aina.

"Cantik? Siapa cantik?" Aina menyoal, hairan dengan kata Anuar sebentar tadi.

"Tak. Tak ada apa-apa. Aina, esok masa jamuan...janganlah buat dingin dengan Nua. Nua rasa janggal. Aina tak pernah senyum pada Nua masa latihan teater. Sekurang-kurangnya senyumlah pada Nua esok" pinta Anuar, cuba untuk mengalih topik.

Aina tidak menjawab. Ditunjuknya signal 'ok' dari tingkap biliknya. Tanpa sebarang isyarat, Aina mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak mahu tahu segala-galanya hari ini. 'Esok masih ada, akan aku paksa dia cerita segalanya' azam Aina dalam hati. Lambaian diberikan dan segera dia berlalu ke katilnya. Tudung dibuka dan badan direbahkan. Seketika kemudian, matanya terlelap. Tidurnya lena dibuai mimpi indah. Masakan tidak, peminat 'misteri' nya sudah diketahui identiti. Malam semakin pekat dan sepi dihiasi bintang di langit.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: