Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Syahmi (Part 2) CC. Aniq

Monday 2 December 2013

Syahmi (Part 2) CC. Aniq

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh waridhwanuh wasadaqallahulazim
*sila jawab full juga ya*

Okey, gua sambung cerita pasal Syahmi.

Bagi gua, gua lebih rapat dengan Syahmi berbanding budak-budak lelaki dalam kelas gua ni sebab dia rapat dengan Polar Bear. Kira ada set 1 kepala gak ah walaupun kepala dia lebih banyak hilang skru berbanding kitorang. Pulak tu kitorang sama-sama masuk Drama KOMSAS. Both of us were actors. Bertambah kamcinglah kami.

Nak dijadikan cerita, gua bergaduh dengan set2 gua. Dulu gua berlima. Dari Form 1 sampai Form 3 set2 tu lah. Tapi naik tahun ni maybe sebab dah lama renggang dan banyak ketidaksefahaman di situ termasuklah dislikes gua yang salah satu nya tak suka couple-couple ni, gua dah tak sebulu dengan mereka. Gua punya sedih dengan tension wa carilah Polar Bear even dia duduk asrama. Kau bayang nak exam ni, bergaduh teruk. Pulak tu gua sorang-sorang. Sedih woo..

Polar Bear cubalah sedaya upaya membantu gua dengan menjadikan Syahmi dan Arep serta sorang lagi member kitorang, Mior pembantu dia kat sekolah. Masa tu rasa bersyukur.

"Baiknya kawan aku ni" bisik hati kecil gua

Then...dalam kelas gua dah kecoh2 gua dilantik jadi Ketua PRS. Kerja macam kaunselor so kenalah nasihat orang. Setelah beberapa siri pertolongan, tiba masa dia pulak yang bergaduh. Masa tu dia dah renggang dengan beberapa orang yang dia rapat dan dia start rapat dengan Aniq.

Aniq ni budak kelas sebelah. Dia satu group mentor dengan gua. Dia pun budak drama. Sejak dia rapat dengan Syahmi, masalah gua pun dia tahu. Syahmi memang ah..suka2 hati je dia bagitahu. Dan hari-hari yang berlalu selepas itu memang kitorang 3 rapat.

Tapi gua dah turned out jadi susah nak percaya orang. Gua cukup terkesan lepas apa yang jadi kat gua. Gua sayang member2 gua tapi macam sampah depa buang gua bila gaduh. Walaupun dorang asyik cakap,

"Cerita ni cuma kau (gua), aku (Syahmi or Aniq) dengan dia (Syahmi or Aniq) je tahu"

gua tetap ambil langkah berhati-hati. Pendek cerita, sampai sekarang gua masih ragu-ragu dorang ikhlas jadikan gua member ke tak. Kalau ya, alhamdulillah. Kalau tak, gua tak rugi sebab bukan gua yang cari dorang.

Enough said. Gua appreciate korang tapi bagi gua masa untuk percaya korang. Anyway, thanks for everything. :)

nah gambar. cilok dari FB.

rambut dorang-sila gelak. Aniq Akmal Anaqi bin Azizi
ok bye :)




Komen dan LIKE anda sangat dihargai