Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Jemaah Masturat

Saturday 21 December 2013

Jemaah Masturat

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum

Semalam saya, adik saya Diyanah dan 2 orang rakannya Fina yang juga adik Amir dan Akmar join jemaah tabligh yang datang dari Miri. Alhamdulillah, walaupun cuma sehari tapi cukup bermanfaat.

dalam ramai-ramai jemaah itu, pandangan saya sangat-sangat tertarik kepada seorang jemaah yang berbaju kurung hijau. berbadan sedikit berisi. saya pandang lama. kadang-kadang pandangan dialih tapi kerap kali saya memandangnya. wajahnya sangat keanak-anakan. muda. dalam fikiran saya,

Mesti dia ni anak salah seorang jemaah kat sini. untungnya boleh keluar pada usia mudaa..
However, setelah ditoleh kiri kanan dan hints dicari saya tidak dapat mencari sesiapa dalam kalangan jemaah yang berkemungkinan besar menjadi ibunya. hairan terdetik dalam fikiran saya. tiba-tiba pandangan saya terpaling ke arah tangan kanan jemaah itu. CINCIN! seriously saya terkejut. namun saya simpan dahulu perasaan itu sebab mungkin dia baby-face sedangkan umurnya sudah cukup sesuai untuk kahwin. husnudzon..

Kebetulan Fina dan Akmar 1 group dengan jemaah tersebut semasa halaqoh. saya tanya umurnya kepada mereka..19. Teacher Shima mengiyakan. Subhanallah. dia jumpa jodohnya pada usia muda.

dalam hati, saya cukup iri hati dengan peluangnya yang dapat mendekati Allah pada usia yang cukup muda.

Me: Seriously teacher? Wow, 19 tu.
teacher: Kan? Awak nak saya doakan?
Me: Uish agak-agaklah..

balik rumah, saya terfikir. alangkah bertuahnya saya jika turut diberikan peluang keluar jemaah pada usia muda dengan cara dapat bertemu jodoh awal. tapi...ukur baju di badan sendiri. sedar-sedarlah diri. saya tak matang lagi :)

kbye. :)



Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: