Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: 3 topik gua sumbat dalam 1 post. CC. Anum. Amir

Tuesday 3 December 2013

3 topik gua sumbat dalam 1 post. CC. Anum. Amir

Assalamualaikum

Topik pertama. HARINI BIRTHDAY ANUM!!!



Call dia berjuta-juta kali tak angkat. rasa nak marah pun ada. nasib baiklah birthday kau Anum. Dalam marquee bergambar gua tu, dia adalah yang manis berkaca mata bersama-sama gua. kitorang memang geng. geng pakai buang spectacles. belajar je pakai tak belajar memang haram nak sentuh.

1 benda special yang gua share dengan dia adalah kitorang balas2 surat. penuh dah 1 album gua dengan surat dia. kitorang tak banyak berborak. kebanyakan cerita gua dengan dia share dalam surat je. berahsia betul kitorang.

anyway, dia paling manis dan paling boleh harap bila menegur. 1 kelas dengan Aniq. nampak pemalu tapi cuba lu cerita drama Korea dengan dia. ha..memang taknak berhenti ah.

 doa yang selalu gua tulis setiap kali reply surat dia.

MOGA SAMPAI SYURGA.

 in shaa Allah. gua harap walau persahabatan kita tak kecoh macam orang lain tapi kau dan aku tahu apa dalam hati masing-masing. all the best for you, Nur Solehah bt Muhammad Salim :D

Topik kedua. AMIR MERDEKA!!!

Satu-satunya kacip yang tua setahun telah merdeka harini. esok dia plan nak datang rumah. tengok Running Man sama-sama.

Ya. tu dia. Amir. Bajet member gua ni jantan je kan. Hey molek sikit. Perempuan ayu tudung labuh lagi. SMKAP boh. Satu sekolah dengan Polar Bear. takpe ke gua mention nama sekolah ni? anyway, dia pakai baju kurung warna kuning bersama gua yang berbaju kurung hijau dalam marquee bergambar tu. nama dia..nama dia...Nur Amira bt Mahamad Norizan. sekarang lu faham mana datang Amir tu kan?

Finally minah dikau habis juga SPM. disebabkan minah ni sekolah agama so dia habis lambat sikitlah. Harini last paper. Bahasa Arab.

similarity yang kitorang share adalah kami manusia yang sombong. tapi dia ok sikitlah sebab duduk asrama kena bergaul. adik-adik bilik, akak-akak bilik dan cadar-cadar dalam bilik takkan nak kerek je kan.

gua? tayah cakap. berapa juta kali gua dengar bisikan halus kata gua sombong. adik-adik, akak-akak, abang-abang serta senior-senior yang tak layak gua panggil abang atau kakak. gua persetankan je. nak buat camne? gua ni baik sebenarnya dorang je tak nampak. hooo kau ujub ni Yana. syirik khafi dah ni

satu benda ah, jumpa dia ni bercerita wah memang tak habis. sekolah lain, cerita pun mesti macam-macam. Amir, yang penting gua jeles lu dah merdeka. my turn pulak next year. yang penting holiday ni akan diluangkan dengan parti Running Man dan drama-drama Korea. HOHOHO

Topik ketiga. ANGIN

next year SPM. okey, parents dah siap siaga nak hantar gua ke KL Jumaat ni. seminar Addmath 3 hari 2 malam. tapi! gua kata gua taknak gi. secara tiba-tiba tadi.

ibu gua muka nak terkejut + marah. gua dah agak. gua saja. gua bengang. apa-apa benda bukannya nak bagitau gua dulu. main bantai je.

"Kakak, ayah dah daftar awak masuk kem addmath kat KL. pergi ea?" kata ibu gua pada suatu hari
sebenarnya gua okey je. tapi gua hangin sebab dia DAH daftar baru bagitau gua. bukannya nak tanya dulu ke, bagi penerangan dulu ke, pujuk dulu ke..almaklumlah gua ni allergic dengan nombor. gua tanya preparation pun ibu gua jawab nak taknak je. sedih betul.

masa gua form 1 dulu gua dapat tawaran ke MRSM. bapak gua DAH tolak baru dia bagitau gua. menangis gua lu tau menangis! disebabkan tolakan gua masa Form 1, gua dah takde ruang nak pergi mana-mana tahun ni. see? gelap masa depan gua atas keputusan yang bukan gua buat! menangis tak berlagu gua..


masalah family gua tak patut cerita sini. tapi ni sikit je. sebagai anak sulung, gua lah paling banyak konflik dengan parents gua. pulak gua ni kepala batu sikit.

oklah sebelum gua hujan air mata baik gua tidur. hujan yang dah turun 3 hari berturut2 ni pun dah berhenti kat Muadzam Shah ni. Alhamdulillah. semoga kawasan-kawasan yang dilanda banjir terutamanya di Kuantan tu (ayah Ngah dan ayah De gua stay Kuantan, doakan depa) akan beransur pulih. Nasib baik kawasan si Polar Bear tu tak banjir. kalau tak gua nak tolong gelakkan. eh tak baik betul astaghfirullahalazim.

k bye :D


Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: