Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Syahmi

Friday, 29 November 2013

Syahmi

Assalamualaikum warahmatullah..

Lama dah gua kenal mamat ni. Sejak sekolah rendah lagi. Classmates since darjah berapa pun tak ingat. Punya lama. Sekolah menengah pun sama cuma lain kelas dari Form 1 sampai Form 3. Tahun ni, kitorang jumpa lagi.

Dulu dia ni spesies Polar Bear. Tembam. HAHA. naik sekolah menengah magic doh terus slim. Yang Polar Bear ok lagilah still ada isi-isi dan daging-daging tapi si Syahmi ni gua rasa tinggal kulit aje adalah. Pulak tu satu hari tu dia ada kata dia dah gemuk sikit. Pergh gua rasa nak bagi tumbukan padu kat dia. Dia ni menganjing ke apa kat gua ha? Gua tahulah berat gua naik time tu

Sebelum-sebelum ni kitorang tak pernah rapat bahkan kewujudannya seakan dilupa terutamanya lsemasa Form 1 dan Form 2. Form 3 ok sikitlah sebab dia masuk Skim Tuisyen Felda (STF) yang diadakan pada waktu malam. Gua pun join sebab ganti kawan gua yang taknak masuk. Kelas tu khusus untuk waris-waris Felda sahaja. Kira gua bertuah ah dapat can masuk. HEHE

Tahun lepas gua rasa makhluk nama Syahmi ni bapak aliennya. Pelik doh dia ni punya perangai. Skema sangat. Dengan perempuan pun bapaklah pemalu. Masa tu pandangan gua
"Dia ni jaga batas lelaki perempuan kot"
Husnudzon tak gua? Tapi yang gua bengangnya masa gua mintak dia ajar gua Math and dia pergi ajar bahasa alien. Sereh kabo tak paham satu habuk! Menyesal gua tanya dia. Makin pening gua.

Tahun ni gua sekelas dengan dia. Dalam kelas gua perempuan semua straight A's tapi lelaki diberi kelonggaran yang straight A's and ada 1B boleh masuk. Itupun berapa ketul je lelaki. See? Homo sapien bergen XY semakin pupus. And eventually kitorg jadi rapat. FB mungkin? Gua dengan Mak Nanot suka jadikan dia bahan gossip.

Gua rasa panjang pulak ah post pasal dia ni. nanti gua buat part 2.


Muhammad Syahmi bin Rasidi. Gua dah bacakan ayat Kursi kat gambar ni tapi tolong jangan santau dia sebab gua dah bagi gambar dengan nama penuh. Tak pasal2 hilang kawan. 

ok bye!


Komen dan LIKE anda sangat dihargai