Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Nisreen (Part 15)

Monday 18 November 2013

Nisreen (Part 15)

Sudah sebulan aku sibuk dengan final exam yang bakal tiba tidak lama lagi. Masaku penuh diisi dengan kuliah, kumpulan belajar, usrah sekali seminggu dan ceramah-ceramah agama.  Aku mengeluh berat. Ku raba Al-Quran kecil di poket bajuku. Biasanya selepas Subuh Al-Quran itu pasti dibaca sehelai dua sebelum memulakan hari. Entah mengapa mataku berat benar pagi tadi. Selesai solat Subuh, terus aku rebah di atas sejadah. Mengantuknya ya Allah. Mungkin tubuhku sudah mencapai tahap optimum. Kelopak mata ini sudah tidak larat lagi untuk dibuka. Sekitar jam 9 barulah aku terbangun dan segera ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Aku mendepangkan tangan dan menggeliat. Aku pandang manusia-manusia yang sedang khusyuk menelaah buku-buku di perpustakaan ini. Alangkah kerdilnya diriku melihat manusia-manusia ini berlumba-lumba menimba ilmu. Semangatku cuba dikuatkan semula. Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini…

 “Kanda...kanda…” lembut suara sang bidadari memanngil namaku sambil membelai-belai lembut wajahku.

“Ya, sayang. Ada apa?” Aku menyahut dengan senyuman.

“Kanda sayangkan dinda?” soalnya.

“Semestinya. Tak perlu dipersoalkan lagi” Aku menjawab dengan bangga lalu mengangkat tanganku, cuba mencapai rambutnya yang panjang mengurai.

“Justeru mengapa didambakan mawar dalam taman orang?! Sedang mawarmu ini sudah lama menepis kumbang semata untuk dipetik kanda!” tiba-tiba bengis suara bidadariku itu menyoal.  Tanganku ditepis kasar. Turun naik nafasnya menahan amarah.

Aku bangkit dari ribaannya. Aku tatap wajahnya yang bercahaya. Dahiku berkerut-kerut cuba menggali maksud kata-kata kerasnya.

“Ameer! Woi, bangunlah!” sergah Ashraf sambil memukul kuat lenganku. Terpisat-pisat aku bangun dari tidur siangku. Ku toleh kiri dan kananku. Perpustakaan itu sudah lengang. Beransur-ansur manusia meninggalkan gedung ilmu itu. Aku kerling jam di pergelangan tanganku. Sudah hampir masuk waktu Zohor. Allah, agaknya berapa lamalah aku tidur. Berapa sangat pulalah ilmu yang dapat ku imbas semula harini. Aku meraup mukaku dan membetulkan rambutku. Ku cari pula wajah kurang asam yang menyergahku dari tidur. Dibuatnya roh aku tak sempat masuk dalam jasad, ada meninggal aku di sini. Hisy!

“Apa benda kau terkebil-kebil lagi tu? Jom, Zohor. Lepastu makan” dia menepuk pula belakangku dengan agak keras. Hei, manusia ni memang cari nahas. Aku menoleh. Seperti yang diduga, Ashraf sedang tersengih-sengih melihatku. Kalau tidak memikirkan makhluk Allah di sebelahku ini rakan susah senangku, sudah ku ajar dia menggunakan ilmu silat gayung yang kutuntut dari datukku sejak aku berumur 6 tahun lagi. Sabar jelah.

“Kau ni dah kenapa, Ameer? Termenung dari tadi. Ada mimpi buruk ke?” Soal Ashraf yang gusar melihat aku lambat-lambat menyuap nasi ke dalam mulut.

“Hmm…lebih kuranglah. Tapi mimpi itu kan mainan tidur. Aku tak nak percaya sangat tapi…ada ayat dalam mimpi tu betul-betul kacau perasaan aku. Macam ada maksudnya. Bukan saja-saja” terus terang aku menyatakan masalah yang membelenggu fikiranku. Risau juga sekiranya tidak diatasi segera mampu mengganggu tumpuanku terhadap pelajaran.

“Macam pernah aku alami. Dulu, aku kan nakal. Hari-hari kalau tak tengok mak aku menangis memang tak sah. Tapi satu hari aku mimpi aku nampak seorang lelaki bagi minuman dan makanan kepada seorang perempuan cantik yang sihat wal afiat. Sedangkan di sebelah perempuan tu ada seorang lagi perempuan yang uzur dan lemah. Aku pelik so aku tanya kenapa tak ditolongnya perempuan tua tu. Lelaki tu jawab,  perkara yang sama aku dah lakukan selama aku hidup. Bangun tidur, barulah aku tahu. Selama ni aku buat baik pada makcik-makcik aku, nenek aku dan semua perempuan yang aku kenal sedangkan mak aku sendiri aku sakiti” cerita Ashraf. Kelihatan cecair jernih bertakung di tebing matanya. Segera dikesat agar tidak jatuh air muka jantannya di hadapanku.

Aku mengangguk-angguk. Ada benarnya mimpi itu. Biarpun itu cuma mimpi, aku tidak seharusnya meringan-ringankan mimpi itu. Azam ditanam. Rahsia mimpi bakal ku ungkap nanti.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: