Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Dunia universiti

Monday 15 June 2015

Dunia universiti

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Aku dah masuk menara gading. Dah dalam 2-3 minggu jugak la. Alhamdulillah kampus tak jauh pun dari rumah. Setakat nak balik rumah setiap minggu tu apalah sangat.

Kampus aku tengah bandar. Kiri mall, depan kedai makan berderet and bilik kuliah kat bawah kolej kediaman je. Oh btw, aku tinggal dalam apartment. Seisi rumah ada 12 orang. 3 bilik, 4 orang sebilik. Macam ramai but it's comfortable and ok sebenarnya. Tapi tak bestnya, dah nama duk bandar, makan memang senak la sikit duit because kitorang takde kafe. Nama pun kampus cawangan. 1 batch je ada kat sini. Kitorang takde seniors mahupun juniors. What a life.

Tapi bukan tu main idea karangan berjela aku kalini. Aku cuma nak cakap, segala apa yang aku takutkan sebelum masuk sini, alhamdulillah aku berjaya tangani. Nasib ada secebis iman senipis sel bawang dalam hati. Berjaya didik hati untuk cuba...cuba...cuba jadi baik. Diingatkan, masih mencuba.

Even though nothing seems to be approved yet by anyone, I can feel the difference, between being closed and being far. It requires a lot of efforts and determination but in shaa Allah, if I persevere well, good results will come later. in shaa Allah.

Oklah. class starts at 10.15 a.m. I have to get ready now. I'll update more later, if Allah wills it and please anticipate more writing (ofc in English because i'm a TeSL-ian). Oh, and I'm planning to finish my fanfic so please pray that ideas will flow and I can finish it as soon as possible.

Till then, guys. Adios. 

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: