Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Dah matang dah.

Monday 14 July 2014

Dah matang dah.

Assalamualaikum

Berganjak ke usia 17 tahun, banyak proses yang dilalui
Proses kematangan

Belajar untuk hadapi realiti. SPM tu realiti kehidupan. Satu ujian yang kita kalau boleh taknak hadapi sebab perit mak aii tapi kena juga hadap. Sebab apa? Sebab kita dah tak boleh lari dari masalah.

Dulu, form 4..tak siap homework taknak datang sekolah.
Stress, taknak datang sekolah.
Gaduh, taknak datang sekolah.

Sekarang, form 5..tak siap homework pandai-pandai curi masa antara pertukaran cikgu untuk siapkan
Tak datang sekolah, ada subjek penting. Addmath, Kimia..kalau tak masuk cerita dia peninglah bila ulang kaji.

Dah masuk 17 tahun mula simpan misi dan visi kehidupan. Nak masuk universiti mana, nak ambil course apa, nak jadi apa..

Tapi satu perkara seronok bila dah masuk 17 tahun, kita boleh bincang hal dewasa dengan ayah, dengan ibu. Perancangan untuk break 3 bulan lepas SPM, perancangan untuk qada' tidur dan masa bermain yang tertangguh sebelum SPM.

Paling rasa dah matang, bila kita mula cakap pasal kahwin dengan ibu. Eh gatal. Haa, mentaliti tu tolong perbetul okey?

Ibu kata doa dengan Allah awal-awal moga jodoh kita ni apa yang kita rasa kita nak. Tak salah nak demand asal rasa diri tu layak untuk demand. Ibu kena ajar anak sulung dia jaga diri, betulkan niat, pilih betul-betul. Universiti dan dunia luar banyak dugaan. Ibu taknak sehari masuk U, esok telefon nak kahwin.

"Sebenarnya jodoh kita ni kita boleh rasa. Macam ibu, ibu tak suka lelaki merokok. Padahal masa tu ibu berkawan dengan lelaki yang hisap rokok. Alhamdulillah, ibu jumpa lelaki yang tak hisap rokok"

So, selain kriteria seorang suami yang baik iaitu beragama, semat satu lagi sifat yang kita rasa sesuai untuk kita supaya kita tak mudah terleka dengan lelaki-lelaki lain yang tak menepati ciri-ciri yang kita nak.

As for me...erm, biarlah simpan dalam hati. Special sikit ciri tu.

Tapi kalau ibu dan ayah nak carikan, silakan...anakmu mengalu-alukan. Moga pilihan yang diredhai membawa keberkatan.

Sekian :)

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: