Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: July 2014

Monday, 21 July 2014

Orang tua-tua cakap jangan ketawa banyak

Assalamualaikum..

Minggu lepas dah exam pra-trial. Cerita dia, I wasn't ready at all so I'm getting ready to accept any result later.

Bahasa Inggeris terabur. Lantak pi

Orang tua-tua kata jangan ketawa banyak nanti menangis. Semalam ketawa banyak, tak lama lepas tu rasa nak nangis.

Perkara 1.

 Iftar bersama Team Drama semalam. Kesayangan. I handled the event and alhamdulillah it went smoothly. We were having fun and tetibe tak terjangka pun ada sorang makhluk Allah berbuka di tempat yang sama. Mula-mula terkejut. Lepastu relaks. Buat muka biasa. Gurau-gurau dengan Pae. Tutup-tutup muka konon malu dengan makhluk Allah tu sedangkan niat cuma bergurau dengan Pae kat sebelah. Harap dia tak perasan.

Entah kenapa balik rumah rasa nak menangis. Mungkin sedih atau marah. Yaa..aku marah dengan dia atas perbuatan dia yang mengaibkan aku. Aku rasa maruah sebagai perempuan dicarik-carik macam tu je.

Kau tahu, budak sekolah kau yang sampaikan autograph tu dah pandang aku macam perempuan jijik. Sama je macam peminat-peminat kau yang aku kategorikan sebagai lalat-lalat yang menghurung sampah. Tak cakap kau sampah tapi sifat kerumun tu yang layak dilabel sampah. Aku tahu kau ada reputasi tapi kau jangan lupa siapa aku kat sekolah aku. Nama bapa aku tu puas aku jaga dengan baik. Kau rosakkan macam tu je depan budak sekolah kau.

Aku tak tahu macam mana aku akan respond bila raya nanti kau minta maaf. Aku jenis menangis bila marah. Aku harap kau tak muncul dah depan aku. Cukup sampai masa tu berlalu dan aku boleh lupakan kata-kata kau yang macam pisau tu.

Yup, aku kecewa dengan kau. Aku tak expect akan ada seorang lagi kawan yang hancurkan hati aku yang ikhlas berkawan. Titik. Sampai sini je. Aku serik.

Perkara 2

Aku ada 'anak ikan' kat sekolah tu. Maksudnya budak lower form yang saja-saja buat crush. Setiap tahun tukar. Dari form 2 lagi. Saja, hiburkan hati. Kita kan taknak couple? Suka boleh kan? Tahun ni, aku dapat tahu raaaaaaaaaaaamai suka 'anak ikan' aku sejak aku heret dia masuk drama. K mengaku budak drama.

Bila dah tahu, alaahaaaiiiii tak special-nya lah dia tu. Pula hari ni dengar nama dia naik dalam senarai budak couple kat sekolah tu. Dahlah awek dia tu tak comel. Jatuh value dia di mata aku.

Mulalah teringat adik angkat kat Johor yang baik dan alim tu. Tak sangka ada adik angkat yang way much better than crushes 'anak ikan' aku selama 4 tahun ni.

Penat dah main-mainkan hati sendiri. Ikhlas, dipersia. Suka, dikecewa. Hidup memang satu ujian.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Monday, 14 July 2014

Dah matang dah.

Assalamualaikum

Berganjak ke usia 17 tahun, banyak proses yang dilalui
Proses kematangan

Belajar untuk hadapi realiti. SPM tu realiti kehidupan. Satu ujian yang kita kalau boleh taknak hadapi sebab perit mak aii tapi kena juga hadap. Sebab apa? Sebab kita dah tak boleh lari dari masalah.

Dulu, form 4..tak siap homework taknak datang sekolah.
Stress, taknak datang sekolah.
Gaduh, taknak datang sekolah.

Sekarang, form 5..tak siap homework pandai-pandai curi masa antara pertukaran cikgu untuk siapkan
Tak datang sekolah, ada subjek penting. Addmath, Kimia..kalau tak masuk cerita dia peninglah bila ulang kaji.

Dah masuk 17 tahun mula simpan misi dan visi kehidupan. Nak masuk universiti mana, nak ambil course apa, nak jadi apa..

Tapi satu perkara seronok bila dah masuk 17 tahun, kita boleh bincang hal dewasa dengan ayah, dengan ibu. Perancangan untuk break 3 bulan lepas SPM, perancangan untuk qada' tidur dan masa bermain yang tertangguh sebelum SPM.

Paling rasa dah matang, bila kita mula cakap pasal kahwin dengan ibu. Eh gatal. Haa, mentaliti tu tolong perbetul okey?

Ibu kata doa dengan Allah awal-awal moga jodoh kita ni apa yang kita rasa kita nak. Tak salah nak demand asal rasa diri tu layak untuk demand. Ibu kena ajar anak sulung dia jaga diri, betulkan niat, pilih betul-betul. Universiti dan dunia luar banyak dugaan. Ibu taknak sehari masuk U, esok telefon nak kahwin.

"Sebenarnya jodoh kita ni kita boleh rasa. Macam ibu, ibu tak suka lelaki merokok. Padahal masa tu ibu berkawan dengan lelaki yang hisap rokok. Alhamdulillah, ibu jumpa lelaki yang tak hisap rokok"

So, selain kriteria seorang suami yang baik iaitu beragama, semat satu lagi sifat yang kita rasa sesuai untuk kita supaya kita tak mudah terleka dengan lelaki-lelaki lain yang tak menepati ciri-ciri yang kita nak.

As for me...erm, biarlah simpan dalam hati. Special sikit ciri tu.

Tapi kalau ibu dan ayah nak carikan, silakan...anakmu mengalu-alukan. Moga pilihan yang diredhai membawa keberkatan.

Sekian :)

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Tuesday, 8 July 2014

Selfish

Assalamualaikum

Dah mula bergolak balik hati ni. Serba serbi buat tak betul. Yelah, perbuatan diselangi dengan rasa bersalah.

Rasa bersalah sebenarnya bila ada seorang kawan lama yang baik dengan aku dulu tegur tapi kita buat dekkk je. Kenapa? Kita tak suka apa dia dah buat. Tapi he has no idea on what's happening. Dia tetap senyum and panggil

 "Liyana...Liyana...Yana...pandanglah sini..Liyana..cakaplah dengan aku"

Dalam hati,

"Derrr...janganlah buat aku rasa macam watak antagonis kat sini"

BTW derr, aku just nak kau tau yang...kau selfish.

Kau nak kasih sayang dia.
Kau nak perhatian dia.
Kau nak dia.

Tapi sayang semua tu milik orang lain. Tapi kau dah curi semua benda tu.

Kasih sayang dia, kau dapat.
Perhatian dia, kau dapat.
Dia, sorry kau tak dapat.

Dan aku berada di pihak yang menganalisis perkara dari dua-dua belah pihak. Kau dan yang berhak. Sayang aku simpati lebih kepada yang berhak.

Kesimpulannya, bagi aku masa nak cakap dengan kau. I'm afraid that I'd speak up the truth to you and everything will be ruined. You'll be in despair again and come up with ridiculous decisions. Penat dengan sikap kengkonon matang kau tu.



Komen dan LIKE anda sangat dihargai