Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: October 2013

Monday, 28 October 2013

Kecelaruan emosi. Cc. Polar Bear

Assalamualaikum hello hai

Exam yang sebulan lamanya
Malas yang bertimpa-timpa
Sakit yang entah apa-apa

Entah kenapa terasa ada lubang kosong dalam diri. Bila kawan baik dah tak ada lagi di sisi.
Yaaa..sebab ada seorang kawan kita ni, kita dah tak boleh sembang-sembang texting-texting dengan dia.
Banyak fitnah. Gaduh sini sana sebab dia. Kesian dia..

Eh kawan, gua rindu nak gurau-gurau kasar dengan lu. Walaupun manis guna 'SAYA AWAK' tapi isi perbualan mantap dengan ayat sarcasm dan gurau level kita je mampu paham. Trolololo xD

SAYA AWAK. tukar boleh tak? dah lama nak cakap. sweet sangat lah bro. geli botingkek tingkek. tapi masa first gua tanya lu, lu macam tak bagi. Dah biasa tiba-tiba nak tukar. Pelik katanya..okey, gua ikut.

Eh kawan, last conversation kita dalam 3 minggu yang lepas kan? Tu pun dalam FB je. Tu pun ada hal penting je. Gua serious takut-takut sangat sekarang. Susah kawan dengan orang famous ni. Tak pasal-pasal kita kena bash. Kena jeling. Kena hentam. Kena umpat. Dulu buat tak kisah tapi bila dah teruk kena..gua tanya diri gua...

Gua tak layak ke kawan dengan lu?

Hina sangat ke gua di samping lu?

Gua tahu gua tak lawa tak pandai tak charming macam sepatutnya peminat-peminat lu expect kawan-kawan perempuan lu. Lawa, solehah, comel, sopan santun dan etc. Gua total opposite perkara-perkara yang dimention. Lu jangan gelak. Gua tahu lu lagi arif pasal benda ni. Lu kan dah biasa kutuk gua.

Gua tahu lu selalu cakap biarlah dorang nak cakap apa. kita lagi faham diri kita. siapa-siapa sound cakap, lu nak back up. Memula gua terharu lama-lama gua rasa...tak selesa.

Gua taknak orang pandang sinis kat lu sebab gua. Kawan-kawan lu pun yang sanggup katanya protect gua bila ada yang cari pasal. Nampak macam gua mempergula-gulakan lu. Mana ada. Gua sereh ikhlas kawan dengan lu. Kita satu kepala lagi. Kamcing ibarat air dengan toilet bowl. Sinki dengan paip. Meja dan kerusi.

Ah papelah. Esok exam addmath. ingat addmath, ingat lu. Lu mana pernah lulus addmath kan? HAHA firasat gua mengatakan kalini addmath gua fail. Ikut lu. harap lu tak luluslah bareng-bareng kita terjun gaung. HUHU

Last conversation, buat gua gelak tak berenti. Lawak ah lu. kalau marah tu ajet-ajet comel je. tapi kalau serious dah marah, gua surrender lari masuk gua. takut kena high kick taekwondo lu tu. takpun kena libas dengan raket badminton. Lu kan Lee Chong Wei. muka pun nak KPOP gitu..HAHA

Lu pernah baca blog gua kan? Harap kalau lu baca lu jangan perasan gua rindu setengah mati ah kat lu. tetibe teringat sebab Arep sebut nama lu dalam kelas tadi. Arep rindu lu bro! Terharu sikit pleaseee XD








Sekian

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Saturday, 26 October 2013

Perempuan

Perempuan tak pernah lari dari kena tipu
sebab mereka mudah percayakan orang

Being cheated never leave women's diary due to lack of care on who is trustworthy



Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Tuesday, 22 October 2013

Perlu ke?


Perlu ke couple?
Gayut malam-malam,
Bersayang-sayang,
Mesej doplohpat jam,
Jemari dan telefon payah nak berenggang..

Perlu ke couple?
Mula-mula rindu suara,
Lama-lama nak berjumpa,
Kalau boleh nak saing tatap muka,

Perlu ke couple?
Merah-merah muka bila putus,
Siang malam menangis terus menerus,
Makan pakai hal rumah belaka tak terurus,
Hanya berakar umbi masalah kecil yang tercetus

Perlu ke couple?
Memanglah fitrah untuk menyayangi dan disayangi
tapi berbaloikah yang mencintai diketepi?
ibu abang ayah adik cikgu rakan belaka belakang kira
bila rasa hati orang tu kita yang punya
segala-galanya indah untuk seketika

Perlu ke couple?
Bila cinta tanpa berpasang-pasang mampu bawa ke syurga
Minat dalam diam sang penghulu wanita di syurga terhadap teruna gagah perkasa
ilmu Saidina Ali dalam kelas tersendirinya,
merintih sayu permata Rasulullah dalam doa,
tersimpan kemas rindu dalam raga,
Doa Az-Zahra termakbul jua,
Sang murobbi dan murobbiah yang saling bercinta kerana Yang Maha Esa,
Oh! Alangkah indahnya cinta sampai syurga!

Tak perlu couple sebenarnya,
suka dan doa,
berusaha dan redha,
kunci utama bahagia di sini dan di sana,
bila hati ini rasa sunyi dan sendiri,
carilah yang Maha Menyayangi,
bila hati rasa perlu tempat mengadu,
Dia-lah yang Maha Mendengar rintihanmu

dicoret oleh: Lyeanna Wana
Selasa
22.10.2013
6.10 petang

Sesungguhnya cinta itu dihadirkan oleh-Nya justeru mengapa dihinakan perasaan qudus itu dengan hubungan yang haram? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Tuesday, 15 October 2013

To be a good PRS, you need to be .....

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah..

PRS stands for Pembimbing Rakan Sebaya.

Yup, I'm a member of PRS. In fact, I'm the chairperson. A huge burden and responsibility. I'll try hard to manage it well till next year, insya Allah.

Well, as SMKMS students would know,  I was a prefect since 2011 until 2012. This year, I stepped down from from the prefect position and decided to be a normal student. The reason was simple. I hate the Disciplinary Board administrators. Exclude our GPK HEM lah for sure eventhough I seriously fear him a lot. There were some insidious problems between the teachers and I was feeling rebellious because I was only a prefect, a student in the school and I had no right to voice out my thoughts on who's the right and who's the wrong person. The least thing I could do was quitting the Disciplinary Board and show them I'm not taking their side so think, are you on the right term or not?

Okay, move on to PRS. An interview was held to choose special unit of PRS (because we have a club under Unit Kaunseling named Pembimbing Rakan Sebaya too) called PRS Squad or Skuad PRS in Malay. I did it with a little help because I was absent on the day the interview was held so I was given a special time to be interviewed and wallah! I'm in!

We started a little bit late because the examination was around the corner and school was flooded with activities here and there. First meeting was set up and organisation administrators were chosen. On our second meeting, we learned about PRS etiquette and simple things required to be a good PRS.

FIRST OF ALL. WE NEED TO BE A GOOD LISTENER


Most of the times, people seek PRS to tell us their problems and help them to search for solutions. However there are times when people look for us just to find someone who'll definitely care and listen to their stories. This is because it's a requirement and compulsory for us to not take a problem for granted. They want us to just be understanding and listen through it till the end. That's it. 

This is what people commonly don't do. They don't listen thoroughly and only think about how to find a solution or even how to make the person doesn't go to them next time for a feather-weighted reason. 

Not only for PRS members but to all people who have close friends, family members and etc. This is important. BE A GOOD LISTENER. 

A good listener is one who doesn't cut someone story and tell theirs, belittling it or 'pilih bulu' on choosing who to listen. When someone comes to you and wants to tell you something, listen well till the end. Give a few comments or solutions if asked. Don't make zany countenance that may hurt that person. Keep smiling and listen with pleasure. Understand their feeling and give them warm words that can help to ease their heart.

Being a good listener, sometimes people take it as simple task to do. However, how many people had been in despair and pains because they don't have someone to listen to their story?

Think about it and try to be a better person to help others. We don't have to be a great person to do great work. A big heart is the one that plays the role. :)


Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Thursday, 10 October 2013

UKHWAH FILLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah...

Sekian lamanya baru menaip lagi. Sekarang, sibuk siapkan diri dengan peperiksaan akhir tahun. Eventhough cheq ni baru Form 4 a.k.a pelajar Intan di SMKMS, every test should not be taken for granted sebab akan ditotalkan Gred Purata Individu (GPI) untuk menentukan layak untuk digraduasikan atau tak tahun depan. Hmm, seram tak? Seram tak seram study takuk tu gak. Tak ada kesedaran lagi ni. HEHE

Okaylah..itu serba sedikit muqaddimah untuk entry kali ini. Kali ni, entry berunsurkan ilmiah sikit. Hal ini kerana..echewah, this is because saya terdorong untuk berkongsi sesuatu walaupun peratus yang baca tu macam takdak harapan je kan? Tapi tak apalah. Ikhlaskan je niat untuk menyampaikan.

UKHWAH

Wow, Islamik sangat? Pertama-tamanya, maaf dipinta andai terlintas di hati kalian yang membaca sangka-sangka buruk seperti

"Koyanya! Mentang-mentang pakai tudung labuh"

"Eleh, poyo ustazah konon

Ya asdiqoie, bawa bertenang. Haih, inilah dia manusia. Belum berkata, sudah dicela. Topik ni tak berat. Cuma nak ajak rakan-rakan sebaya berfikir perkara yang dekat dengan jiwa remaja kita.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda mafhumnya;

Sebaik-baik sahabat di sisi Allah itu ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya     (Hadis riwayat al-Hakim) 


Hidup kita tak lengkap tanpa adanya sahabat yang mampu dijadikan tempat meluahkan perasaan, berkongsi suka dan duka, mengingatkan sesama sendiri, saling tolong menolong dan dipetik nama mereka dalam doa kita. Tetapi, adakah sahabat yang kita punya sekarang adalah sahabat yang baik bagi kita? Di sini saya tak mahu listkan ciri-ciri sahabat yang baik kerana Rasulullah S.A.W mempunyai sebaik-baik sahabat dan ciri-ciri yang mereka ada merupakan ciri-ciri seorang yang baik. Saya taknak cakap tentang umum. Saya nak cerita berdasarkan pengalaman. Tiada niat untuk memburukkan sesiapa ataupun mengaibkan. Namun, siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Tempoh 11 tahun cukup buat saya menilai apa itu sahabat sejati.

Adakah seseorang itu benar sahabat kita sekiranya kita cuma gembira bersama dia pada saat-saat yang manis sahaja?

Adakah seseorang itu benar sahabat kita sekiranya kita cuma dicari tatkala berduka?

Adakah seseorang itu benar sahabat kita sekiranya kita lebih benar-benar sedih dan gusar tatkala dia menghadapi kesulitan berbanding apabila kita menghadapi kesulitan?

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya kita sanggup ditinggal demi 'cinta'?

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya dia membuka aib kita?

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya dia lebih memilih melihat kita melakukan dosa daripada menegur walaupun kebenaran itu pahit?

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya kita takut untuk menegur kesalahannya?

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya jenaka dan gurauan kerap kali dirajuknya?


Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya dia tidak mampu menerima perubahan kita?

DAN...

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya usaha ke syurga dihalang, jalan ke neraka dibentang?

Fikirkanlah...
Sesungguhnya sahabat sejati itu menjalinkan ukhwah kerana Allah. Bicara-bicara mereka menggembirakan, kadang terusik cepat memohon maaf, kadang terkhilaf segera diperbetul, kadang terlalai segera diperingat. Ukhwah ini membawa bahagia di dunia dan akhirat. Pastinya sahabat itu menyayangi sahabatnya yang lain. Luka sedikitpun berdarah hati, apatah lagi mengenangkan azabnya seksaan di neraka nanti. Seorang sahabat sejati itu semestinya ingin bertemu sahabatnya di syurga sana.

Andai seseorang itu lebih cenderung kepada dunia yang fana', tanyalah iman kita. Adakah kita kuat untuk menariknya atau lebih baik ditinggalkan saja demi kesejateraan di sana? :)




Komen dan LIKE anda sangat dihargai