Di sebalik deretan pokok bunga ros putih yang mekar, seseorang menunduk-nunduk sambil ralit membelai bunga-bunga di situ. Hatiku berasa lega. Nisreen rupanya. Baruku teringat bahawa Nisreen tidak bersama-sama kami sewaktu photo shoot dijalankan. Baru sahaja aku ingin menyergah gadis itu namun riak wajahnya yang samar-samar berlatarbelakangkan matahari senja membantutkan niatku. Terdapat kesuraman dalam wajahnya. Tiba-tiba idea menjengah ke mindaku. Segeraku capai lensa kamera, mematikan fungsi flash dan mengabadikan wajah suram itu ke dalam kameraku. Terbit rasa kepuasan yang mendalam dari hatiku. Aku tersenyum riang. Inilah dia yang aku cari-cari dari tadi. Haisz, buang masa sungguh mengambil gambar Solehah berkali-kali. Kasihan pula apabila difikirkan.
“Ehem, cik adik. Dah jam 7.40 ni. Tak nak solatkah? Ke, cuti umum?” aku keluar dari tempat persembunyianku lalu menegur gadis itu. Ada riak terkejut di wajahnya namun segera disembunyikan. Eleh, macam aku tak nampak je.
“Cik abang. Orang dah solat awal-awal lagilah. Awak tu yang belum solat lagi. Dari tadi sibuk tangkap gambar sini sana. Pergi solat cepat. Sibuk tanya pasal orang saja” balas Nisreen dengan senyuman sinis. Adess, aku terkena. Senyuman kelat aku lemparkan lantas segera meminta diri.
“Emm! Sedapnya anak Makcik Ina masak. Kalah chef restoran kat hotel tadi” Ashraf memuji masakan ikan siakap kukus hasil tangan Nurin sambil mengerling ke arahku menandakan supaya aku turut menyertai sesi ‘bodek’nya sewaktu makan malam. Aku tersenyum namun hatiku melarang. Entah mengapa ada sesuatu yang bermain di fikiranku. Wajah muram Nisreen berlegar-legar dalam kotak mindaku.
“Abang Ameer, tambahlah lagi nasi” Nurin menghulur sesenduk nasi kepadaku.
“Eh, tak apalah. Abang dah kenyang ni” aku menolak dengan senyuman.
“Alah Ameer, awek hulur nasi takkan nak tolak kot” Ashraf memerli dari hujung meja makan. Panas rasa hatiku. Hish, aku memang dah kenyanglah. Aku memandang Nurin yang masih menghulurkan nasi. Aku memutuskan untuk menerima saja. Haih, jaga hati tuan rumahlah katakan.
“Ameer, apa pasal kau tak join aku masa makan malam tadi?” Ashraf bersuara di dalam bilik setibanya kami di hotel penginapan.
“Malaslah aku bodek-bodek. Yang kau suruh tambah tu apa pasal. Berat habis perut aku masa nak solat Isyak tadi” aku membalas sambil membelek-belek gambar yang diambil tadi.
“Oi pakcik, otak kau ni tiba-tiba tak berfungsi apa pasal? Kau sendiri yang cakap kau nak mengurat si Nurin petang tadi. Kau tahu tak Nurin yang masak ikan siakap kukus tadi. Apalah. Orang nak tolong dia taknak” ujar Ashraf dengan nada geram sambil melempar tuala ke arahku. Aku terpana. Betul katanya, otakku tidak berfungsi buat seketika. Macam mana aku boleh tak ingat pasal Nurin, ya?
“Yakah? Hurm, nasib baik aku terima nasi dia hulur tadi” aku menyahut selepas terdiam seketika.
“Nasib baiklah. Kalau tak memang melepaslah kau. Aku tengok Nurin pun macam suka je kat kau” Ashraf mula ‘mencucuk’.
“Haih, malaslah aku nak cara dah” akhirnya aku berkata perkara yang sebenar. Kalau disimpan lama-lama mahu tak sawan aku dibuatnya dengan perangai Ashraf ni.
“Aik? Kira cancellah ni?” Ashraf menyoal.
“Iya, cancel” aku menyahut lalu mencapai tuala dan segera ke bilik air untuk mandi.
0 comments:
Post a Comment