Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Nisreen (Part 4)

Saturday, 17 August 2013

Nisreen (Part 4)

Aku diam tidak bersuara. Apa? Kereta sport ‘je’? Masya Allah, Nisreen ni biar betul? Ramai perempuan di universiti yang menggunakan kereta untuk kesenangan mereka dan semestinya luaran kereta mereka menampakkan sifat feminine. Namun aku hanya mampu menatap luaran kereta ini yang sangat stylo dengan menepati ciri-ciri kereta lumba yang beraksi di litar Sepang.
“Selesa tak ni?” Nisreen bersuara lagi setelah mendapati tiada respon daripadaku.
“Ha? A..ah..ya. Okey je. Selesa je ni” aku membalas sambil terus meneliti tatarias dalaman kenderaan yang sedang perlahan-lahan mengikuti arah tuju kereta Ashraf di hadapan.
“Erm, Ameer. Boleh tanya sikit?” soal Nisreen yang kelihatan tidak mahu perbualan kami berhenti di situ.
“Tanya sajalah. Apa dia?” aku berlagak tenang dan mula memasang telinga untuk mendengar kata-kata Nisreen yang seterusnya.
“Betulkah, erm..kau..tak selesa ..erm, aku ikut sekali?” perlahan suara Nisreen melontar soalan. Aku tersenyum lalu ketawa kecil.
“Cik Nisreen, saya sebenarnya tak kisah pun. Lagipun saudari kan dah ada kat sini. Takkanlah saya nak hantar balik KL pulak? Mahu tak terjeluih segala isi perut nanti” aku bersuara ceria untuk menukar suasana yang sedia janggal.
“Ceh, lelaki pun tak tahan mabuk. Tak manly langsung” suara Nisreen mula bernada ceria.
“Hahaha, nak buat macam mana. Dah nak mabuk. By the way, bahasakan diri kita ‘saya dan awak’ macam saya tengah buat ni. Baru tak janggal” aku mencadangkan kepadanya. Nisreen mengangguk setuju tanpa bersuara.
“Satu soalan lagi boleh?” Nisreen menyoal setelah beberapa ketika berlalu.
“Seribu pun tak apa. Apa halnya?” aku memberi respon baik.
“Kita dah bergaduh berapa lama?” soal Nisreen.
“Ehem, susah juga soalan tu. Sekejap, nak keluar buku teks. Tak tahulah nak jawab apa” aku membalas dengan gurauan. Entah mengapa aku berasa sungguh selesa dengan dirinya walaupun baru 5 minit berlalu tanpa sebarang pertengkaran.
“Buku teks? Ceh, kacang jelah soalan ni. Tekan kalkulator je. Terus dapat jawapan” balas Nisreen turut bergurau.  Kami berdua berpandangan dan ralit dalam deraian ketawa. Aku biarkan soalan itu berlalu tanpa cuba untuk menjawabnya kerana kami sudah sampai di rumah Makcik Ina

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: