Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Nisreen (Part 5)

Saturday, 17 August 2013

Nisreen (Part 5)

Makcik Ina yang merupakan ibu saudara kepada Solehah mempunyai sebuah rumah yang sangat besar dihiasi dengan hamparan bunga-bunga yang wangi semerbak di halaman belakang rumahnya. Istilah ‘indah khabar dari rupa’ tidak bermakna di sini kerana kami berempat sungguh terpegun sebaik sahaja terpandang akan keindahan bunga-bungaan yang berwarna-warni seluas saujana mata memandang. Benarlah kata Solehah selama ini yang beria-ia benar mengajak aku mengadakan photo shoot di rumah Makcik Ina.

Makcik Ina menyambut kedatangan kami dengan senyuman lebar ditemani anak gadisnya, Nurin yang sebaya Mawaddah. Berkali-kali aku memandang Solehah, Mawaddah dan Nurin. Ketiga-tiganya tiada beza. Sehelai tudung labuh menutup kepala mereka serta senyuman yang dilemparkan persis bidadari dari syurga. Benarlah kata Ashraf, keluarga mereka memang keturunan yang baik-baik kerana Allayarham datuk mereka merupakan seorang sheikh terkenal di negeri kelahirannya, Terengganu. Hikhik. Tak dapat Solehah, saudara mara dia pun tak apalah. Aku tersenyum nakal sendirian.

Aku ceritakan niatku kepada Ashraf. Ashraf tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahuku. Bakal bersaudaralah kami nanti, katanya. Ya, bakal bersaudaralah kami. Setelah hanya setengah jam berada di situ, aku mula bertekad untuk mengambil hati Makcik Ina.

“Anak-anak, dah nak maghrib. Kalau nak shoot gambar macam yang anak cakap tu, boleh keluar dan menghadap ke barat dari wakaf yang ada kat belakang. Nampak jelas suasana maghribnya” Makcik Ina mencelah perbualan rancak antara kami berenam.

“Oh yakah? Kalau begitu, korang berdua patut bersiap cepat. Kita shoot gambar segera. Takut terlewat solat pula nanti” ujarku dan segera keluar ke wakaf yang dikatakan.

Mawaddah dan Solehah segera bersiap sementara aku dan Ashraf bersedia di wakaf. Kami mulakan sesi photo shoot tersebut 5 minit kemudian. Entah mengapa seperti ada yang tidak kena dengan setiap foto. Cantik, Ashraf turut memuji namun entah mengapa hatiku tidak senang dengan foto-foto tersebut. Aku mengalah.  Sudah jam7.35. Kami harus segera menunaikan solat Maghrib.

Ashraf, Solehah dan Mawaddah sudah beransur ke dalam rumah. Aku masih berada di luar, sibuk mengemas peralatan kameraku. Tiba-tiba kelibat seseorang mematikan pergerakanku. Siapa pula yang tak masuk rumah lag ini? Sifat ingin tahuku membuak-buak. Aku mempercepatkan tanganku mengemas beg dan segera mengikuti kelibat itu.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: