“Yalah, Cameron ada apa. Mak aku sukalah pergi sana. Beli sayur, beli strawberri. Dah tu sambil kau buat kerja kau aku nak buat apa?” balas Ashraf dengan nada suara yang sedikit mengendur.
“Erm, kau nak aku carikan kerja apa untuk kau?” otakku mula ligat memikirkan aktiviti menarik yang mungkin seronok untuk dilakukan di bumi Cameron Highlands nanti.
“No need, aku just nak kau setuju aku ajak Solehah pergi sekali. Dia boleh jadi model kau” permintaan Ashraf hampir menutup kerongkong pernafasanku.
Hazwin Solehah, nama yang terus membuatkan pita ingatanku berputar kepada peristiwa yang telah berlaku 2 bulan yang lalu. Gadis yang secocok namanya, Solehah merupakan gadis pertama yang menarik perhatianku. Percakapannya yang sopan, gayanya yang lemah lembut bahkan senyuman yang terukir pada kulit putih berserinya mampu mencairkan ais yang terletak di kutub Utara! Ya, aku mungkin melebih-lebih namun itulah tanggapan pertamaku kepada dirinya. Aku begitu mendambakan perempuan sebegitu untuk dijadikan suri hidupku. Sehinggalah pada suatu hari dengan berani aku menyatakan isi hatiku. Namun ditolak mentah-mentah oleh si empunya diri dengan mendakwa dirinya sudah dijodohkan dengan seseorang sejak kecil lagi. Aku akur. Dia tidak boleh menderhaka kepada orang tuanya. Dan aku tidak mahu menjadi kerosakan kepada masa depan yang telah diatur oleh keluarga Solehah.
Dan kami telah pun berada di sini. Dalam kesegaran udara ada sedikit pahit apabila kelibat Solehah bersama adiknya Mawaddah kelihatan. Haruskah kami makan bersama? Semalam aku mampu ketawa riang serta menikmati hari pertama percutian dengan gembira kerana Solehah bertolak pada waktu malam dan sampai pagi tadi. Entah bagaimana pula keadaanku hari ini. Siapa sangka orang yang telah dijodohkan dengan gadis idamanku ialah Ashraf, temanku sendiri yang boleh tahan kenakalannya. Siapa yang melihat pasti menggeleng. Bagai langit dengan bumi. Solehah terpaksa memikul tanggungjawab yang berat untuk membimbing Ashraf. Namun senyuman bahagia yang terukir di bibirnya tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia sedang dalam kesusahan. ‘Dia sepatutnya berterima kasih kerana aku telah banyak membimbing Ashraf selama ini’ hati kecilku berbisik.
“Asraghfirullahalazim” aku mengucap panjang. Subhanallah, mujurlah aku cepat terjaga dari penyakit riak. Hampir sahaja aku membangga diri dengan pertolonganku terhadap Ashraf yang tidak seberapa selama ini.
“Korang! Sorry sorry lambat. Aku terlelap lepas mandi tadi” tiba-tiba kedengaran suara nyaring dari arah belakangku. Suara itu, seperti biasa ku dengar.
“Tak apa. Kami ni pun baru je keluar ni. Jom nanti terlambat pula” Ashraf membalas sambil tersenyum.
Aku berpaling ke belakang untuk mengesan pemilik suara itu. Sekali lagi kerongkong pernafasanku tersekat. Masakan tidak, Nisreen Shakeela si pendebat terhebat kini berada di hadapan mataku. Keluhan paling berat terpaksa aku luahkan.
“Eh, kau?” Nisreen menegurku dengan sapaan yang dingin. Aku sudah menduga. Bukan boleh aku dan dia bersua muka. Ada saja benda yang dibahaskan. Bahkan selalu berlarutan kepada pertengkaran.
“Ashraf, apasal dia ada kat sini pula. Nak bagi assignment aku ni jahanam ke?” aku mula mengatur strategi ‘perang’. Perempuan seharusnya lemah lembut, manis tutur katanya dan taat bahkan menunduk diri kepada kaum lelaki. Itulah tanggapanku kepada muslimah yang berilmu. Mereka harus tetap dengan budaya ketimuran walaupun berada di abad 21. Tapi Nisreen tidak. Berilmu dirinya, namun sifat selambanya begitu menyerlah. Hanya hijab menyerlahkan keadaannya sebagai seorang Muslim wanita.
“Solehah, terima kasihlah jemput aku join trip ni. Boleh juga aku jahanamkan someone’s assignment, right?” balas Nisreen sambil menjegilkan matanya ke arahku. Solehah? Oh ternyata dia si gerangan yang membawa Nisreen ke sini. Tak pernah pula aku tahu bahawa Solehah berkawan dengan musuh tradisiku seorang ini.
“Dahlah tu Ameer, kau kalau jumpa dia tak ingat dunia. Bertekak nombor satu. Aku kahwinkan juga nanti” sampuk Ashraf tiba-tiba bagi meredakan keadaan.
“Nauzubillah!” serentak aku dan Nisreen membantah sambil menunjukkan mimik muka menjengkelkan.
“Dahlah tu. Makanan dah sampai. Tak baik bergaduh depan rezeki. Nanti dalam kereta sambunglah lagi gaduh” Solehah mencelah sambil tergelak kecil. Senyumannya begitu menawan. Hampir sahaja imanku direntap. Aku kembali mengingati Tuhan yang Satu. Solehah tunangan orang, Ameer Muslim. Tunangan orang.
0 comments:
Post a Comment