Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Nisreen (Part 3)

Saturday, 17 August 2013

Nisreen (Part 3)

“Okey semua, lepas makan ni kita lepak-lepak dulu sekeliling hotel Casa De La Rosa ni. Hah, nama pun dah cantik sangat. Korang boleh tengok view dulu sementara aku dengan Ameer cari spot paling cantik untuk shooting. Petang sikit nanti kita boleh pergi rumah Makcik Ina untuk buat shoot dusk. Boleh?” Ashraf selaku ketua rombongan memberi arahan.
Walaupun aku yang punya banyak tugasan, Ashraf sedia membantu dengan bersusah payah mengatur jadual lawatan kami sepanjang 3 hari ini.

“Boleh je! Kitorang nak jalan-jalan juga. Apa-apa roger Cik Solehah ya?” sahut Nisreen dengan ceria.

“Dahtu takkan nak call kau pula. Mahu tak pekak telinga dengar suara kau yang mengalahkan ikan lumba-lumba tu” aku berbisik sendirian. Ashraf yang berhampiran dapat menangkap omelan sendirianku lalu ketawa kecil.

Kehijauan bukit-bukit kecil yang ditanami pokok-pokok teh menggamit perasaan tenangku. Kalau hendak dikira satu-persatu kejadian Allah yang patut aku kagumi, memang tidak terkira diikutkannya. Bermula dengan meredah air terjun Lata Iskandar, kami teruskan dengan menyusur denai-denai kecil untuk mencari spot yang paling sesuai bagi tema hijau yang telah ditetapkan. Secara rasminya, Solehah telah bersetuju untuk menjadi modelku namun dengan mengenakan niqab bagi mengelakkan pandangan lelaki. Ya, aku benar-benar kagum dengan sifatnya yang sangat teliti soal aurat. Dan, kemungkinan besar Mawaddah akan turutku jadikan mangsa eksperimen. Tapi Nisreen? Biarkan, pandai-pandailah dia.

Jam 4.30 petang, kami tiba semula di hotel penginapan kami. Aku memilih untuk melepaskan lelah seketika di dalam bilik sementara Ashraf pergi mencari ke mana hilangnya anak dara 3 orang itu.

“Ameer, bangunlah. Dah petang sangat ni” lembut suara seorang perempuan mengejutkan aku. Aku menggosok-gosok mata untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Solehah? Bagaimana dia boleh ada di sini? Di bilik aku dan Ashraf?

“Solehah? Buat apa kat sini?” soalku dalam keadaan terkejut.

“Tadi abang Ashraf minta tolong  Solehah dan Mawaddah kejut dan kemaskan beg kamera Ameer. Mawaddah ada kat bilik. Ambil sesuatu katanya. Abang Ashraf dah kejut Ameer tapi Ameer taknak bangun. Jomlah, dah petang. Nanti Makcik Ina tertunggu-tunggu pula” jawab Solehah tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Tanggapanku terhadapnya tidak lagi sebagus dahulu.Bagaimana dia boleh masuk sesuka hati ke dalam bilik dan semestinya dia sangat mengetahui bahawa dia cuma akan berdua denganku di dalam bilik ini. Astaghfirullahalazim, tak mahu aku membayangkan perkara yang terjadi jika hal ini diketahui umum.
“Solehah keluar dulu, biar Ameer kemas sendiri” aku menggesanya keluar. Perkara tak baik jangan diteruskan. Solehah akur, seperti kebiasaan.

Setelah kami semua berkumpul, kami memutuskan untuk naik kereta berasingan. Maklum sajalah Satria Neo milik Ashraf ini mungkin akan membuatkan penumpang-penumpangnya tidak selesa. Dan sekali lagi aku berasa jengkel dengan keputusan yang dibuat oleh Ashraf, Solehah dan Mawaddah. Masing-masing berpakat mengenakan aku. Aku terpaksa menumpang kereta Nisreen sedangkan mereka bertiga akan menaiki kereta Ashraf. Aku mengerling sesaat ke arah Nisreen. Riak mukanya tidak berubah. Dia menurut sahaja kehendak mereka. Hairan aku dibuatnya. ‘Mungkin dia ingin berdamai’ bisik hatiku. Ya, benar. Aku tidak sepatutnya menganggap yang bukan-bukan sahaja dari Nisreen.

“Sorrylah, bawa kereta sport je. Cakap tau kalau tak selesa” Nisreen mula membuka mulut setelah kami berdua memulakan perjalanan.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: