Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana

Saturday, 17 August 2013

Nisreen (Part 9)

“Hah, awak nak saya hantar dekat mana ini?” Nisreen menyoal sebaik sahaja aku masuk semula ke perut kereta.

“Hantar dekat rumah mak saya, boleh?” balasku

“Beres” dia berkata sepatah.

Laju sahaja kereta Nisreen menyusur jalan raya Kuala Lumpur yang penuh dengan kenderaan pelbagai jenis. Aku mendiamkan diri sahaja. Keletihan mula menjengah otot-otot dan sendi-sendiku. Oh, alangkah indahnya mengulit mimpi di atas tilam Sweet Dreamku yang begitu empuk. Perutku tiba-tiba berkeroncong riang. Apalah agaknya lauk masakan umi hari ini. Oh ya, hampir terlupa! Umi bukan tahu bahawa aku dalam perjalanan ke rumahnya. Segera aku menyeluk ke dasar kocek seluarku untuk mengeluarkan telefon bimbit. Mesej dihantar. Aku tersenyum puas. ‘Malam ni, aku akan berlingkar di atas katil bagaikan ular sawa kekenyangan’. Senyumanku melebar dek bahagia yang teramat.

“Nombor berapa rumah awak ini?” soal Nisreen sebaik sahaja memasuki suatu lorong yang penuh dengan deretan banglo di kiri dan kanan jalan.

“No 7, tu yang warna peach tu” aku menunjukkan arah.

“Okey, dah sampai. RM 83.75 je, encik” Nisreen memberhentikan kereta lalu terus menghulurkan tangannya.

“Ish, tak malu minta duit. Nah, ambil ini. Terima kasih banyak!” aku menghulur duit lima sen empat keping dan meletakkannya di atas  dashboard kereta.

“Mana cukup encik. Apalah encik ini, tak apalah saya balik dulu” Nisreen memuncungkan mulutnya sambil menahan gelak.
Aku tersenyum kembali serta mengutip semula syiling yang bertaburan di atas dashboard kereta Nisreen itu.

“Terima kasih sekali lagi ya. Susah-susah saja” ujarku sejurus keluar dari perut kereta.
Nisreen mengangguk dan mengangkat tangannya pengganti salam. Dengan perlahan sport Lamboghini itu bergerak meninggalkan aku sendirian di luar rumah.

“Assalamualaikum! Umi! Umi!” laungku dari luar pagar. Seketika kemudian, kedengaran pintu utama dibuka. Susuk tubuh kecil ibuku mampu dikesan walaupun dalam samar cahaya malap lampu luar. Aku menyeringai kegembiraan.

“Ameer! Waalaikumussalam. Hai, balik dengan apa ni? Dah makan belum?” bertubi-tubi soalan ditembak daripada M16 mugil umi. Hai, kecil-kecil umi jangan bawa main. Mulutnya boleh tahan juga lajunya. Boleh jadi penyanyi rap gamaknya.

“Kok ya pun bukalah pagar ni dulu umi. Tak hilang lagi penat melaung panggil umi tadi. Dibuatnya anjing Uncle Leong terlepas mahu tak menangis Ameer kena gonggong nanti” ujarku, cuba untuk mengusik ibu kesayanganku itu.

“Alahai yalah. Anak umi ini balik banyak pula idea nak mengenakan umi, ya?”  ujar umi lalu menghulurkan tangan sebaik sahaja pintu pagar dibuka.

Aku tersengih seperti kerang busuk lalu menyambut tangan lembut itu dan menciumnya.

“Eh umi, ada bau sambal tumis kat tangan umi. Ha, umi masak apa hari ini?” aku mengusik umiku lagi. Dan balasan yang aku dapat kali ini bukan hanya bebelan, namun satu cubitan secukup rasa turut menjengah rusukku. Aku menggeliat kesakitan.

“Jom masuk. Nanti umi tinggal sorang-sorang kena gonggong dengan anjing Uncle Leong betul-betul baru tahu” umi mempelawa masuk dalam masa yang sama turut mengugut.
Aku menurut. Sememangnya aku tidak mampu menahan rasa laparku lagi. Setelah mencampakkan beg di bilik, kakiku deras mengatur langkah menuruni anak tangga dan terus menuju ke dapur.

“Umi, anak umi lagi seorang tu mana?” mataku melilau mencari Naqib Al-Arif, satu-satunya saudara kandung yang aku miliki di dunia ini sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

“Dia tak balik 2 hari dah. Buat assignment katanya. Tidur di rumah kawan”  dengan tenang umi menjawab. Ish ish umi ini. Sewaktu aku buat keputusan untuk menyewa rumah dahulu, bukan main bising lagi. Katanya aku tak boleh berengganglah, nanti aku kurus gara-gara dah tak boleh makan masakannya setiap hari lagilah. Macam-macam alasan dikeluarkan untuk menghalang aku meneruskan niatku. Hatta ke mana-mana setiap petang pun harus dimaklumkan kepadanya.

“Apasal budak Naqib tu lepas pula dari bawah ketiak umi. Ameer dulu…”
 “Ameer, anak umi dua orang ni lainlah. Naqib dah biasa bawa diri daripada kecil. Mungkin sebab dari kecil dia tak pernah jumpa abah. Jadi dia tak adalah manja sangat” Umi memotong percakapanku.

 “Dahtu umi nak cakap Ameer manjalah?” aku mencebik.

“Memang pun. Dah besar gajah pun merengek telefon umi suruh masak hujung minggu. Tak malu” Umi membidasku dengan kata-katanya. Ergh, panas pula telinga aku mendengarnya.

 “Umi ni suka je bangkang Ameer, macam kawan Ameer lagi sorang tu. Ada saja akal nak membidas orang. Sakit hati dibuatnya” fikiranku menerawang teringatkan kenangan sepanjang pergaduhan aku dan Nisreen sebelum kami berbaik-baik. Tersengih sendirian dibuatnya aku dengan kenangan-kenangan itu.

“Ai, sakit hati kat umi juga ke? Pula tu, sempat dia mengelamun depan rezeki. Ingat siapa?” umi mematikan lamunanku.

“Tak adalah umi, Ameer gurau je. Mana ada mengelamun. Cuma teringat budak yang suka bidas Ameer tulah. Macam umi. Kalau umi dengan dia jumpa, memang sah habislah Ameer jawabnya” ujarku sambil menunjukkan isyarat memotong leher.
 Umi tergelak dengan kata-kataku. Aku turut tersenyum sambil meneruskan suapanku.

“Suka Umi tengok Ameer makan. Semangat” kata Umi setelah sepi yang lama.

“Ish, Umi ni ada tengok Ameer makan. Tapi memang Ameer semangat pun makan masakan Umi ni. Sedap” aku memuji. Sambal yang tersisa di jari ku habiskan mengikut sunnah.

“Sebab tulah Ameer kena cari isteri cepat-cepat. Kan senang kalau ada orang boleh masak untuk Ameer hari-hari. Tak payahlah mengidam masakan Umi lagi” perbualan Umi mula memesong. Aku tersenyum.

“Umi carilah” ujarku.

“Okay” Umi menjawab sepatah. Aku tergelak sendirian. Umi, Umi.


Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Nisreen (Part 8)

“Semua dah siap? Barang-barang dah letak dalam kereta?” Nisreen memulakan sesi check list sambil memandang kami berdua. Aku dan Nurin tersenyum sambil mengangguk.

“Beres bos” serentak kami menjawab.

“Okay, barang-barang diorang bertiga tu dah hantar semalam so erm, tak ada apa-apa lagi yang tinggallah kan?” Nisreen memastikan sekali lagi.

“Dah. Semua dah beres. Kitorang tengah tunggu awak drive kereta nak balik KL” aku menjawab dengan senyuman sinis.

Geli hatiku melihat Nisreen yang begitu teliti menyemak barang-barang. Mungkin dia  pernah mengalami tragedi kehilangan barang semasa percutian. Hati kecilku ketawa sendirian.

“Haish, agak-agaklah nak menyindir tu. Alright, jom. Pakai seatbelt semua. Ameer, baca doa masuk kenderaan” Nisreen mencebik sambil kami bertiga masuk ke dalam kenderaan. Aku menurut kata-kata Nisreen dan mula berdoa kepada Allah agar perjalanan pulang kami ke Kuala Lumpur selamat serta dilindungiNya.

Deruan kereta sport Lamboghini milik Nisreen memecah kesunyian pagi di lebuh raya. Aku masih berkira-kira sebelum memulakan perbualan dengan si pemandu yang sedang menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Lama aku menatap wajah itu. Sekilas bayangan muncul di fikiranku. Aku seakan-akan tersentak dengan bayangan yang muncul itu.
Seperti sudah ku alami namun entah bila. ‘Ah, pedulikan. Kadangkala otak tak mampu membezakan mimpi dan realiti’ aku meredakan tanda tanya dalam benak fikiranku.

“Eh, apa tenung-tenung orang macam tu?” ujar Nisreen setelah menangkap aku yang sedang merenung tepat ke arahnya.

“Eii, perasan. Orang tenung pokok-pokok kat tepi jalan tu. Cantik sangat” aku yang menggelabah mula mencari alasan yang paling munasabah untuk menutup perbuatanku sebentar tadi.

“Haah. Cantik sangat. Nak terbelah dah dibuatnya pokok-pokok tu awak tenung” perli Nisreen sambil tergelak kecil. Akhirnya aku sendiri memecah kesunyian dengan tawaku.

“Erm…Nisreen. Boleh saya tanya awak sesuatu?” soalku di tengah-tengah kerancakan perbualan kami.

“Tanyalah” sepatah dia menjawab.

 “Dulu awak pernah tanya saya satu soalan kan?” aku melanjutkan pertanyaan.

“Hmm” dia berbunyi.
“Apa maksud awak bila awak tanya saya berapa lama dah kita bergaduh?” soalanku membuatkan suasana jadi sunyi sepi buat seketika. Nisreen hanya mengukir senyuman sebelum menjawab soalanku seketika kemudian.

 “Mana ada maksud apa-apa. Saya cuma hairan je masa tu sebab kita baik dalam masa tak sampai lima minit! Kelakar kan?” ujar Nisreen sambil ketawa sendiri.


“Saya tak ingat bila pertama kali kita gaduh dan sebab apa tapi yang pasti sejak tahun pertama kat universiti lagi kita dah bertekak. Pantang berjumpa, ada saja benda yang nak digaduhkan. Hahaha, saya rasa masa itu kita tak matang lagilah” aku mula mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku antara kami. Giliran aku pula ketawa sendirian.

“Tapi awak tahu, saya bersyukur kita banyak berdebat dulu. Banyak pengetahuan yang saya peroleh daripada awak setiap kali awak buka gedung ilmu dalam dada awak. Saya akui, awak lebih baik daripada saya tapi ego saya menafikannya. Maafkan saya” aku menyambung kata-kata setelah tawaku reda.

“Maafkan saya juga. Kadang-kadang saya terlalu beremosi. Betul cakap awak. Kalau kita tak pernah berjumpa dahulu…” kata-kata Nisreen tiba-tiba mati.

“Kalau kita tak berjumpa dulu?” aku menggesanya menyambung ayat dia yang tergantung.

“Kalau kita tak pernah jumpa dahulu, sudah tentulah ilmu saya tak bertambah. Hah, betullah tu. Itu yang saya nak cakap tadi” ujar Nisreen dengan nada sedikit gugup. Aku tersenyum sendiri.Tanpa aku sedari, sepasang telinga asyik mendengar perbualan kami sedangkan kami mengaggapnya sedang tidur.

“Okey, kakak berhentikan Nurin kat sini ya” tutur Nisreen sebaik sahaja tiba ke di hadapan rumah rakan Nurin di Kuala Lumpur.  Alhamdulillah, lancar perjalanan kami pada kali ini.

“Terima kasih banyak-banyak kakak. Maaflah menyusahkan kakak” ujar Nurin sambil melangkah pergi untuk mendapatkan begnya di but kereta.

“Nah, jaga diri Nurin. Kerja elok-elok ya” aku menitipkan sedikit nasihat sewaktu menyerahkan begnya. Nurin mengangguk sambil tersenyum manis. Aku dan Nisreen menuruti langkahnya ke dalam rumah dengan anak mata sehinggalah susuk tubuh itu hilang di sebalik daun pintu.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Nisreen (Part 7)

Hari ketiga dan keempat, kami meneruskan photoshoot di hutan sekitar Brinchang dan beberapa tempat yang telah dipilih dan dirasakan sesuai untuk sesi fotografi. Ternyata, gambar-gambar yang diperoleh lebih baik daripada sesi yang pertama. Gambar-gambar yang keluar sangat meyakinkan. Aku bersyukur kerana usaha kali ini sungguh menjadi. Alhamdulillah..

            Esok kami bakal berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Seperti hari-hari yang lalu, makan malam kami dimasak istimewa oleh Makcik Ina dan anak gadisnya. Kami semua begitu senang bertandang ke rumah Makcik Ina bahkan Makcik Ina sendiri amat mengalu-alukan kedatangan kami. Tetapi, yang paling teruja sekali semestinya Nisreen kerana dia begitu menggemari bunga-bunga di kebun Makcik Ina. Sudah beberapa kali aku berhasil mengintai perlakuannya di kebun itu. Namun wajahnya tenang dan menawan dengan senyuman, tidak seperti pertama kali aku melihatnya sewaktu senja tempoh hari. Hatiku meronta-ronta inginkan kepastian lagi. Aku perlukan jawapan.

            “Abang Ashraf! Kak Solehah!” teriakan Mawaddah dari arah dapur mengejutkan seisi rumah. Kami segera bergegas untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.

            “Ya Allah, Solehah! Kenapa dengan Solehah ni, Mawaddah?” Ashraf segera menerpa ke arah Solehah yang sedang terkulai layu di lantai dapur.

            “Kami tengah goreng ayam tadi. Kak Solehah ada mengadu kepala dia sakit tapi lepastu terus dia pengsan” Mawaddah bercerita diselangi sendu.

            “Nurin, Mawaddah. Tolong angkat Solehah masuk dalam bilik. Ashraf, tolong ambilkan air kat sinki tu. Makcik rasa dia ni kurang tenaga. Badannya tak panas sangat” arah Makcik Ina. Masing-masing panik dan kelam-kabut melaksanakan arahan Makcik Ina. Aku dan Nisreen saling berpandangan. Nisreen mencapai sebatang pen dan sehelai kertas lalu mencatat sesuatu.

Awak tunggu kat depan. Solehah sedar nanti saya panggil

Aku mengangguk dan keluar dari dapur. Sendirian tanpa melakukan apa-apa langsung tidak menyenangkan aku. Lima minit kemudian kedengaran suara Nisreen memanggil aku. Segera aku melangkah ke bilik untuk mengetahui keadaan Solehah.

“Kan makcik dah cakap. Solehah ni kurang tenaga. Tengok bibir tu, pucat semacam. Meredah hutan tak ingat makan” Makcik Ina memulakan ceramahnya. Ya, aku mengaku kami memang terlupa bab makan sebaik sahaja memulakan kerja.

“Kakak boleh bangun tak ni?” Mawaddah menyoal sambil tangannya memerah tuala dan meletakkannya ke atas dahi Solehah.
“Tak payahlah nak bangun. Kita cancel balik esok. Boleh Ameer?” Ahraf menyampuk. Suaranya bergetar. Aku tahu dia sedang susah hati.
“Tapikan bang, Nurin ada temuduga esok kat KL. Nurin ingat nak tumpang sekali. Baru nak cakap malam ni” Nurin berkata dalam nada perlahan. Mesti dia serba salah dengan keadaan sekarang.
“Tak apalah. Ashraf dengan Mawaddah boleh tinggal kat sini. Nisreen boleh tolong hantarkan Nurin. Lagipun Nisreen sebenarnya ada hal malam esok. Tak boleh tangguh” Nisreen menawarkan diri. Kami semua bersetuju dengan cadangannya itu.

  Malam itu, Nisreen membawa Mawaddah pulang seketika ke bilik untuk mengemaskan barang-barang sementara Nurin dibawa untuk menemaninya di hotel. Aku bersendirian di bilik tanpa Ashraf. Keikhlasannya dalam perhubungan dia dan Solehah begitu mengagumkan. Namun hatiku langsung tidak bimbang dengan keadaan yang berlaku tadi. Aku masih mencari jawapan dalam diri Nisreen. Aku mungkin ada peluang esok. 

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Nisreen (Part 6)



Di sebalik deretan pokok bunga ros putih yang mekar, seseorang menunduk-nunduk sambil ralit membelai bunga-bunga di situ. Hatiku berasa lega. Nisreen rupanya. Baruku teringat bahawa Nisreen tidak bersama-sama kami sewaktu photo shoot dijalankan. Baru sahaja aku ingin menyergah gadis itu namun riak wajahnya yang samar-samar berlatarbelakangkan matahari senja membantutkan niatku. Terdapat kesuraman dalam wajahnya. Tiba-tiba idea menjengah ke mindaku. Segeraku capai lensa kamera, mematikan fungsi flash dan mengabadikan wajah suram itu ke dalam kameraku. Terbit rasa kepuasan yang mendalam dari hatiku. Aku tersenyum riang. Inilah dia yang aku cari-cari dari tadi. Haisz, buang masa sungguh mengambil gambar Solehah berkali-kali. Kasihan pula apabila difikirkan.

“Ehem, cik adik. Dah jam 7.40 ni. Tak nak solatkah? Ke, cuti umum?” aku keluar dari tempat persembunyianku lalu menegur gadis itu. Ada riak terkejut di wajahnya namun segera disembunyikan. Eleh, macam aku tak nampak je.

“Cik abang. Orang dah solat awal-awal lagilah. Awak tu yang belum solat lagi. Dari tadi sibuk tangkap gambar sini sana. Pergi solat cepat. Sibuk tanya pasal orang saja” balas Nisreen dengan senyuman sinis. Adess, aku terkena. Senyuman kelat aku lemparkan lantas segera meminta diri.

“Emm! Sedapnya anak Makcik Ina masak. Kalah chef restoran kat hotel tadi” Ashraf memuji masakan ikan siakap kukus hasil tangan Nurin sambil mengerling ke arahku menandakan supaya aku turut menyertai sesi ‘bodek’nya sewaktu makan malam. Aku tersenyum namun hatiku melarang. Entah mengapa ada sesuatu yang bermain di fikiranku. Wajah muram Nisreen berlegar-legar dalam kotak mindaku.

“Abang Ameer, tambahlah lagi nasi” Nurin menghulur sesenduk nasi kepadaku.
“Eh, tak apalah. Abang dah kenyang ni” aku menolak dengan senyuman.
“Alah Ameer, awek hulur nasi takkan nak tolak kot” Ashraf memerli dari hujung meja makan. Panas rasa hatiku. Hish, aku memang dah kenyanglah. Aku memandang Nurin yang masih menghulurkan nasi. Aku memutuskan untuk menerima saja. Haih, jaga hati tuan rumahlah katakan.

“Ameer, apa pasal kau tak join aku masa makan malam tadi?” Ashraf bersuara di dalam bilik setibanya kami di hotel penginapan.
“Malaslah aku bodek-bodek. Yang kau suruh tambah tu apa pasal. Berat habis perut aku masa nak solat Isyak tadi” aku membalas sambil membelek-belek gambar yang diambil tadi.
“Oi pakcik, otak kau ni tiba-tiba tak berfungsi apa pasal? Kau sendiri yang cakap kau nak mengurat si Nurin petang tadi. Kau tahu tak Nurin yang masak ikan siakap kukus tadi. Apalah. Orang nak tolong dia taknak” ujar Ashraf dengan nada geram sambil melempar tuala ke arahku. Aku terpana. Betul katanya, otakku tidak berfungsi buat seketika. Macam mana aku boleh tak ingat pasal Nurin, ya?

            “Yakah? Hurm, nasib baik aku terima nasi dia hulur tadi” aku menyahut selepas terdiam seketika.
            “Nasib baiklah. Kalau tak memang melepaslah kau. Aku tengok Nurin pun macam suka je kat kau” Ashraf mula ‘mencucuk’.
            “Haih, malaslah aku nak cara dah” akhirnya aku berkata perkara yang sebenar. Kalau disimpan lama-lama mahu tak sawan aku dibuatnya dengan perangai Ashraf ni.
            “Aik? Kira cancellah ni?” Ashraf menyoal.
            “Iya, cancel” aku menyahut lalu mencapai tuala dan segera ke bilik air untuk mandi.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Nisreen (Part 5)

Makcik Ina yang merupakan ibu saudara kepada Solehah mempunyai sebuah rumah yang sangat besar dihiasi dengan hamparan bunga-bunga yang wangi semerbak di halaman belakang rumahnya. Istilah ‘indah khabar dari rupa’ tidak bermakna di sini kerana kami berempat sungguh terpegun sebaik sahaja terpandang akan keindahan bunga-bungaan yang berwarna-warni seluas saujana mata memandang. Benarlah kata Solehah selama ini yang beria-ia benar mengajak aku mengadakan photo shoot di rumah Makcik Ina.

Makcik Ina menyambut kedatangan kami dengan senyuman lebar ditemani anak gadisnya, Nurin yang sebaya Mawaddah. Berkali-kali aku memandang Solehah, Mawaddah dan Nurin. Ketiga-tiganya tiada beza. Sehelai tudung labuh menutup kepala mereka serta senyuman yang dilemparkan persis bidadari dari syurga. Benarlah kata Ashraf, keluarga mereka memang keturunan yang baik-baik kerana Allayarham datuk mereka merupakan seorang sheikh terkenal di negeri kelahirannya, Terengganu. Hikhik. Tak dapat Solehah, saudara mara dia pun tak apalah. Aku tersenyum nakal sendirian.

Aku ceritakan niatku kepada Ashraf. Ashraf tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahuku. Bakal bersaudaralah kami nanti, katanya. Ya, bakal bersaudaralah kami. Setelah hanya setengah jam berada di situ, aku mula bertekad untuk mengambil hati Makcik Ina.

“Anak-anak, dah nak maghrib. Kalau nak shoot gambar macam yang anak cakap tu, boleh keluar dan menghadap ke barat dari wakaf yang ada kat belakang. Nampak jelas suasana maghribnya” Makcik Ina mencelah perbualan rancak antara kami berenam.

“Oh yakah? Kalau begitu, korang berdua patut bersiap cepat. Kita shoot gambar segera. Takut terlewat solat pula nanti” ujarku dan segera keluar ke wakaf yang dikatakan.

Mawaddah dan Solehah segera bersiap sementara aku dan Ashraf bersedia di wakaf. Kami mulakan sesi photo shoot tersebut 5 minit kemudian. Entah mengapa seperti ada yang tidak kena dengan setiap foto. Cantik, Ashraf turut memuji namun entah mengapa hatiku tidak senang dengan foto-foto tersebut. Aku mengalah.  Sudah jam7.35. Kami harus segera menunaikan solat Maghrib.

Ashraf, Solehah dan Mawaddah sudah beransur ke dalam rumah. Aku masih berada di luar, sibuk mengemas peralatan kameraku. Tiba-tiba kelibat seseorang mematikan pergerakanku. Siapa pula yang tak masuk rumah lag ini? Sifat ingin tahuku membuak-buak. Aku mempercepatkan tanganku mengemas beg dan segera mengikuti kelibat itu.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Nisreen (Part 4)

Aku diam tidak bersuara. Apa? Kereta sport ‘je’? Masya Allah, Nisreen ni biar betul? Ramai perempuan di universiti yang menggunakan kereta untuk kesenangan mereka dan semestinya luaran kereta mereka menampakkan sifat feminine. Namun aku hanya mampu menatap luaran kereta ini yang sangat stylo dengan menepati ciri-ciri kereta lumba yang beraksi di litar Sepang.
“Selesa tak ni?” Nisreen bersuara lagi setelah mendapati tiada respon daripadaku.
“Ha? A..ah..ya. Okey je. Selesa je ni” aku membalas sambil terus meneliti tatarias dalaman kenderaan yang sedang perlahan-lahan mengikuti arah tuju kereta Ashraf di hadapan.
“Erm, Ameer. Boleh tanya sikit?” soal Nisreen yang kelihatan tidak mahu perbualan kami berhenti di situ.
“Tanya sajalah. Apa dia?” aku berlagak tenang dan mula memasang telinga untuk mendengar kata-kata Nisreen yang seterusnya.
“Betulkah, erm..kau..tak selesa ..erm, aku ikut sekali?” perlahan suara Nisreen melontar soalan. Aku tersenyum lalu ketawa kecil.
“Cik Nisreen, saya sebenarnya tak kisah pun. Lagipun saudari kan dah ada kat sini. Takkanlah saya nak hantar balik KL pulak? Mahu tak terjeluih segala isi perut nanti” aku bersuara ceria untuk menukar suasana yang sedia janggal.
“Ceh, lelaki pun tak tahan mabuk. Tak manly langsung” suara Nisreen mula bernada ceria.
“Hahaha, nak buat macam mana. Dah nak mabuk. By the way, bahasakan diri kita ‘saya dan awak’ macam saya tengah buat ni. Baru tak janggal” aku mencadangkan kepadanya. Nisreen mengangguk setuju tanpa bersuara.
“Satu soalan lagi boleh?” Nisreen menyoal setelah beberapa ketika berlalu.
“Seribu pun tak apa. Apa halnya?” aku memberi respon baik.
“Kita dah bergaduh berapa lama?” soal Nisreen.
“Ehem, susah juga soalan tu. Sekejap, nak keluar buku teks. Tak tahulah nak jawab apa” aku membalas dengan gurauan. Entah mengapa aku berasa sungguh selesa dengan dirinya walaupun baru 5 minit berlalu tanpa sebarang pertengkaran.
“Buku teks? Ceh, kacang jelah soalan ni. Tekan kalkulator je. Terus dapat jawapan” balas Nisreen turut bergurau.  Kami berdua berpandangan dan ralit dalam deraian ketawa. Aku biarkan soalan itu berlalu tanpa cuba untuk menjawabnya kerana kami sudah sampai di rumah Makcik Ina

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Nisreen (Part 3)

“Okey semua, lepas makan ni kita lepak-lepak dulu sekeliling hotel Casa De La Rosa ni. Hah, nama pun dah cantik sangat. Korang boleh tengok view dulu sementara aku dengan Ameer cari spot paling cantik untuk shooting. Petang sikit nanti kita boleh pergi rumah Makcik Ina untuk buat shoot dusk. Boleh?” Ashraf selaku ketua rombongan memberi arahan.
Walaupun aku yang punya banyak tugasan, Ashraf sedia membantu dengan bersusah payah mengatur jadual lawatan kami sepanjang 3 hari ini.

“Boleh je! Kitorang nak jalan-jalan juga. Apa-apa roger Cik Solehah ya?” sahut Nisreen dengan ceria.

“Dahtu takkan nak call kau pula. Mahu tak pekak telinga dengar suara kau yang mengalahkan ikan lumba-lumba tu” aku berbisik sendirian. Ashraf yang berhampiran dapat menangkap omelan sendirianku lalu ketawa kecil.

Kehijauan bukit-bukit kecil yang ditanami pokok-pokok teh menggamit perasaan tenangku. Kalau hendak dikira satu-persatu kejadian Allah yang patut aku kagumi, memang tidak terkira diikutkannya. Bermula dengan meredah air terjun Lata Iskandar, kami teruskan dengan menyusur denai-denai kecil untuk mencari spot yang paling sesuai bagi tema hijau yang telah ditetapkan. Secara rasminya, Solehah telah bersetuju untuk menjadi modelku namun dengan mengenakan niqab bagi mengelakkan pandangan lelaki. Ya, aku benar-benar kagum dengan sifatnya yang sangat teliti soal aurat. Dan, kemungkinan besar Mawaddah akan turutku jadikan mangsa eksperimen. Tapi Nisreen? Biarkan, pandai-pandailah dia.

Jam 4.30 petang, kami tiba semula di hotel penginapan kami. Aku memilih untuk melepaskan lelah seketika di dalam bilik sementara Ashraf pergi mencari ke mana hilangnya anak dara 3 orang itu.

“Ameer, bangunlah. Dah petang sangat ni” lembut suara seorang perempuan mengejutkan aku. Aku menggosok-gosok mata untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Solehah? Bagaimana dia boleh ada di sini? Di bilik aku dan Ashraf?

“Solehah? Buat apa kat sini?” soalku dalam keadaan terkejut.

“Tadi abang Ashraf minta tolong  Solehah dan Mawaddah kejut dan kemaskan beg kamera Ameer. Mawaddah ada kat bilik. Ambil sesuatu katanya. Abang Ashraf dah kejut Ameer tapi Ameer taknak bangun. Jomlah, dah petang. Nanti Makcik Ina tertunggu-tunggu pula” jawab Solehah tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Tanggapanku terhadapnya tidak lagi sebagus dahulu.Bagaimana dia boleh masuk sesuka hati ke dalam bilik dan semestinya dia sangat mengetahui bahawa dia cuma akan berdua denganku di dalam bilik ini. Astaghfirullahalazim, tak mahu aku membayangkan perkara yang terjadi jika hal ini diketahui umum.
“Solehah keluar dulu, biar Ameer kemas sendiri” aku menggesanya keluar. Perkara tak baik jangan diteruskan. Solehah akur, seperti kebiasaan.

Setelah kami semua berkumpul, kami memutuskan untuk naik kereta berasingan. Maklum sajalah Satria Neo milik Ashraf ini mungkin akan membuatkan penumpang-penumpangnya tidak selesa. Dan sekali lagi aku berasa jengkel dengan keputusan yang dibuat oleh Ashraf, Solehah dan Mawaddah. Masing-masing berpakat mengenakan aku. Aku terpaksa menumpang kereta Nisreen sedangkan mereka bertiga akan menaiki kereta Ashraf. Aku mengerling sesaat ke arah Nisreen. Riak mukanya tidak berubah. Dia menurut sahaja kehendak mereka. Hairan aku dibuatnya. ‘Mungkin dia ingin berdamai’ bisik hatiku. Ya, benar. Aku tidak sepatutnya menganggap yang bukan-bukan sahaja dari Nisreen.

“Sorrylah, bawa kereta sport je. Cakap tau kalau tak selesa” Nisreen mula membuka mulut setelah kami berdua memulakan perjalanan.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Nisreen (Part 2)

“Yalah, Cameron ada apa. Mak aku sukalah pergi sana. Beli sayur, beli strawberri.  Dah tu sambil kau buat kerja kau aku nak buat apa?” balas Ashraf dengan nada suara yang sedikit mengendur.
            “Erm, kau nak aku carikan kerja apa untuk kau?” otakku mula ligat memikirkan aktiviti menarik yang mungkin seronok untuk dilakukan di bumi Cameron Highlands nanti.
            “No need, aku just nak kau setuju aku ajak Solehah pergi sekali. Dia boleh jadi model kau” permintaan Ashraf hampir menutup kerongkong pernafasanku.
            Hazwin Solehah, nama yang terus membuatkan pita ingatanku berputar kepada peristiwa yang telah berlaku 2 bulan yang lalu. Gadis yang secocok namanya, Solehah merupakan gadis pertama yang menarik perhatianku. Percakapannya yang sopan, gayanya yang lemah lembut bahkan senyuman yang terukir pada kulit putih berserinya mampu mencairkan ais yang terletak di kutub Utara! Ya, aku mungkin melebih-lebih namun itulah tanggapan pertamaku kepada dirinya. Aku begitu mendambakan perempuan sebegitu untuk dijadikan suri hidupku. Sehinggalah pada suatu hari dengan berani aku menyatakan isi hatiku. Namun ditolak mentah-mentah oleh si empunya diri dengan mendakwa dirinya sudah dijodohkan dengan seseorang sejak kecil lagi. Aku akur. Dia tidak boleh menderhaka kepada orang tuanya. Dan aku tidak mahu menjadi kerosakan kepada masa depan yang telah diatur oleh keluarga Solehah.
Dan kami telah pun berada di sini. Dalam kesegaran udara ada sedikit pahit apabila kelibat Solehah bersama adiknya Mawaddah kelihatan. Haruskah kami makan  bersama? Semalam aku mampu ketawa riang serta menikmati hari pertama percutian dengan gembira kerana Solehah bertolak pada waktu malam dan sampai pagi tadi. Entah bagaimana pula keadaanku hari ini. Siapa sangka orang yang telah dijodohkan dengan gadis idamanku ialah Ashraf, temanku sendiri yang boleh tahan kenakalannya. Siapa yang melihat pasti menggeleng. Bagai langit dengan bumi. Solehah terpaksa memikul tanggungjawab yang berat untuk membimbing Ashraf. Namun senyuman bahagia yang terukir di bibirnya tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia sedang dalam kesusahan. ‘Dia sepatutnya berterima kasih kerana aku telah banyak membimbing Ashraf selama ini’ hati kecilku berbisik.
“Asraghfirullahalazim” aku mengucap panjang. Subhanallah, mujurlah aku cepat terjaga dari penyakit riak. Hampir sahaja aku membangga diri dengan pertolonganku terhadap Ashraf yang tidak seberapa selama ini.
            “Korang! Sorry sorry lambat. Aku terlelap lepas mandi tadi” tiba-tiba kedengaran suara nyaring dari arah belakangku. Suara itu, seperti biasa ku dengar.
            “Tak apa. Kami ni pun baru je keluar ni. Jom nanti terlambat pula” Ashraf membalas sambil tersenyum.
            Aku berpaling ke belakang untuk mengesan pemilik suara itu. Sekali lagi kerongkong pernafasanku tersekat. Masakan tidak, Nisreen Shakeela si pendebat terhebat kini berada di hadapan mataku. Keluhan paling berat terpaksa aku luahkan.
            “Eh, kau?” Nisreen menegurku dengan sapaan yang dingin. Aku sudah menduga. Bukan boleh aku dan dia bersua muka. Ada saja benda yang dibahaskan. Bahkan selalu berlarutan kepada pertengkaran.
            “Ashraf, apasal dia ada kat sini pula. Nak bagi assignment aku ni jahanam ke?” aku mula mengatur strategi ‘perang’. Perempuan seharusnya lemah lembut, manis tutur katanya dan taat bahkan menunduk diri kepada kaum lelaki. Itulah tanggapanku kepada muslimah yang berilmu. Mereka harus tetap dengan budaya ketimuran walaupun berada di abad 21. Tapi Nisreen tidak. Berilmu dirinya, namun sifat selambanya begitu menyerlah. Hanya hijab menyerlahkan keadaannya sebagai seorang Muslim wanita.
            “Solehah, terima kasihlah jemput aku join trip ni. Boleh juga aku jahanamkan someone’s assignment, right?” balas Nisreen sambil menjegilkan matanya ke arahku. Solehah? Oh ternyata dia si gerangan yang membawa Nisreen ke sini. Tak pernah pula aku tahu bahawa Solehah berkawan dengan musuh tradisiku seorang ini.
            “Dahlah tu Ameer, kau kalau jumpa dia tak ingat dunia. Bertekak nombor satu. Aku kahwinkan juga nanti” sampuk Ashraf tiba-tiba bagi meredakan keadaan.
            “Nauzubillah!” serentak aku dan Nisreen membantah sambil menunjukkan mimik muka menjengkelkan.
            “Dahlah tu. Makanan dah sampai. Tak baik bergaduh depan rezeki. Nanti dalam kereta sambunglah lagi gaduh” Solehah mencelah sambil tergelak kecil. Senyumannya begitu menawan. Hampir sahaja imanku direntap. Aku kembali mengingati Tuhan yang Satu. Solehah tunangan orang, Ameer Muslim. Tunangan orang.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Nisreen (Part 1)

~Cinta itu subjektif. Persis ros putih, ianya lambang cinta yang putih suci tapi tajam berduri.

            Udara pagi yang sejuk di Cameron Highland melapangkan peparuku. Aku nikmati anugerah Tuhan yang tiada tanding hebatnya ini dengan sepenuh jiwa. Ya Allah, syukran kerana telah membenarkan ana bernafas di atas dunia Mu lagi hari ini.
            “Woi Ameer, apasal kau buka sliding door tu?! Macam tengah mandi dengan air batu aku kat sini” teriakan Ashraf membantutkan ucapan syukurku.  Memikirkan keselesaan teman sebilikku itu, aku akur lantas menolak balik pintu lalu terputuslah diriku dengan nikmat udara pagi yang Allah berikan kepadaku hari ini.
            “Ashraf, bangunlah. Tengahari dah ni” ujarku sambil melemparkan tuala ke arah Ashraf yang masih lagi berlingkar di atas katil. Jam dinding menunjukkan angka 12. Huh, mahal sudah rezekiku hari ini. Bangun mengalahkan orang kepenatan di sawah. Namun, aku rasa bukan salah kami yang bangun lambat. Suasana di Cameron Highland yang masih berkabus walaupun matahari sudah tercacak di atas bukit begitu mendamaikan. Penduduk kotanya juga senyap melakukan rutin harian mereka. Tenang, seindah kedengarannya nama bandar kecil itu.
            “Apa? Cameron? Tak ada tempat lagi best ke nak pergi?” bangkang Ashraf pada suatu hari setelah aku menyuarakan hasratku untuk bercuti ke Cameron Highland.


            “Apa yang buruknya Cameron tu? Tenang, damai lagipun aku pergi sambil nak siapkan assignment aku. Prof suruh shot gambar macam potret. Mana tahulah kalau kau ikut kau boleh jadi model free aku” terangku dalam gurauan, namun masih cuba memujuk Ilham Ashraf, budak bandar yang dengan takdirNya menjadi rakan baikku sejak pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Universiti Islam Antarabangsa ini.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Thursday, 15 August 2013

Disayangi dan menyayangi

Bismillahirrahmanirrahim

Allah kata kalau sedih mengadulah kat Dia, sebab dia Maha Mengetahui segalanya. Dia yang menentukan, Dia yang mengabulkan doa kita.

Allah..
Saya suka menyayangi..
Buat orang gembira,

Saya nak disayangi,
Saya nak disenangi..
Tapi dengan cara saya yang sedia ada ni..

Saya tak mampu nak bagi hadiah tiap kali hari jadi,
Berkata manis setiap kali,
Bertegur sapa, berlembut tutur kata,
That's truly ain't me

Sebab kalau disayangi dan disenangi
Dengan topeng gula-gula sedang ada peria pahit disebaliknya,
lebih baik tak payah,
Ikhlas itu tiada.

Ya Allah, kau hadirkanlah manusia-manusia yang ikhlas menyayangi hamba-Mu ini. Sebagai seorang anak, seorang rakan, seorang kakak, seorang adik, dan seorang murid. Biar satu, asal ikhlas itu ada dalam kalbu.




Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Tuesday, 4 June 2013

Bosan!

Dia dah bosan ke dengan aku?


Ah! Kawan itu seribu! Andai dia sahabat, tiada mungkin dia tinggalkan aku!

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Sunday, 2 June 2013

Andai..

Andai mereka tahu,
ada suatu kuasa cinta,
yang tak pernah lupa mencintai,
tak pernah lalai menyayangi,
tak pernah berhenti mengasihi

Tiap saat diawasi,
setiap gerak geri diperhati,
setiap perkara diketahui,
hatta baru terlintas dalam hati!

Hai kawan,
itu dia cinta yang suci,
cinta yang Maha Kuasa saja miliki,
kepada hambaNya tidak berbelah bahagi,
bahkan yang sesat diberi peluang untuk kembali

Sayang seribu kali sayang,
manusia alpa,
rindu hamba melebihi Pencipta!
tiada rasa bersalahkah mereka?
tiada rasa berdosakah mereka?

Andai mereka tahu,
cinta manusia tiada ke mana,
cinta Illahi jualah yang membawa ke syurga.

dicorret oleh: Lyeanna Wana

Notakaki: Sedih, didikan agama ada. Tapi...

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Tuesday, 21 May 2013

Misi Jejak Takhta

Ewah gempak je title.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, mid-year examination dah habis. But tak boleh nak komen lebih sebab ini first time jawab paper format SPM. Seram sangat. Sakit perut sampai jawab Fizik Kertas 2 tadi. Totally derp -,-

Okay..habis exam juga bermaksud heaven days kepada pelajar sekolah sebab dah nak start cuti. As for my school, budak BIO dah boleh buat cuti sendiri starting esok sebab harini last paper. Esok time for budak Account hadap kertas. Khamis last day sekolah and WOHOO! cuti!

Tahun ni Form 4. Tapi tahun ni gedik lepas jawatan baju biru. Amik nok, bosan tahap dewa langit petala limaploh...pastu satu demi satu member2 yang senyap masa lower secondary mula naik starting this year. Whoa, tak boleh jadi. Le Me mana reti duduk diam.

But thankfully, naik cuti nanti bermulalah misi jejak takhta MINAH PALING BUSY. Dulu Form 2 memang tak berapa reti nak duduk diam. Form 3 baik sikit. PMR kan..:P This year, free. So, nak claim takhta baliklah ni. cheh. konon.

To tell you the truth, I'm happy sebab busy life actually distracts me from silly things like 'cinta monyet', crushes or whatever that have connections with things mentioned above. Therefore, selamatlah saya dari dugaan dunia! xD Okay, yang ni POYO >.<

Anyway, wish me all the best for my future competitions. and I bid...

 HAPPY HOLIDAY ! :D


Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Saturday, 13 April 2013

Ni makan dia bila jadi pemalas...


Dah kena bebel dengan ibu..:


Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Monday, 25 March 2013

Guess what? :')

Assalamualaikum

Guess what?
Mula-mula, cuma bergenang...

Lama-lama..menitis

Akhirnya, menangis.

Guess what?
Mula-mula rasa dah tak peduli

Lama-lama teringat kembali

Akhirnya, menangis lagi sendiri.

Guess what?
Itulah kepayahan berpisah teman.




Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Friday, 22 March 2013

Siapa yang sangka..

Lisa Surihani ada cakap,

Redha itu pasrah. Pasrah itu menyerah.
Okay bye 

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Thursday, 21 March 2013

Le Me

"Hidup ini macam kari ayam. Yang penting ayam. Kalau buh ikan, bukan kari ayam namanya. Dalam hidup, yang penting Allah. Kalau bertuhankan selainNya, bukan hiduplah kita. Sebab tanpa Allah, hati kita dah mati"-Lyeanna Wana



Komen dan LIKE anda sangat dihargai