Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: UKHWAH FILLAH

Thursday, 10 October 2013

UKHWAH FILLAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullah...

Sekian lamanya baru menaip lagi. Sekarang, sibuk siapkan diri dengan peperiksaan akhir tahun. Eventhough cheq ni baru Form 4 a.k.a pelajar Intan di SMKMS, every test should not be taken for granted sebab akan ditotalkan Gred Purata Individu (GPI) untuk menentukan layak untuk digraduasikan atau tak tahun depan. Hmm, seram tak? Seram tak seram study takuk tu gak. Tak ada kesedaran lagi ni. HEHE

Okaylah..itu serba sedikit muqaddimah untuk entry kali ini. Kali ni, entry berunsurkan ilmiah sikit. Hal ini kerana..echewah, this is because saya terdorong untuk berkongsi sesuatu walaupun peratus yang baca tu macam takdak harapan je kan? Tapi tak apalah. Ikhlaskan je niat untuk menyampaikan.

UKHWAH

Wow, Islamik sangat? Pertama-tamanya, maaf dipinta andai terlintas di hati kalian yang membaca sangka-sangka buruk seperti

"Koyanya! Mentang-mentang pakai tudung labuh"

"Eleh, poyo ustazah konon

Ya asdiqoie, bawa bertenang. Haih, inilah dia manusia. Belum berkata, sudah dicela. Topik ni tak berat. Cuma nak ajak rakan-rakan sebaya berfikir perkara yang dekat dengan jiwa remaja kita.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda mafhumnya;

Sebaik-baik sahabat di sisi Allah itu ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya     (Hadis riwayat al-Hakim) 


Hidup kita tak lengkap tanpa adanya sahabat yang mampu dijadikan tempat meluahkan perasaan, berkongsi suka dan duka, mengingatkan sesama sendiri, saling tolong menolong dan dipetik nama mereka dalam doa kita. Tetapi, adakah sahabat yang kita punya sekarang adalah sahabat yang baik bagi kita? Di sini saya tak mahu listkan ciri-ciri sahabat yang baik kerana Rasulullah S.A.W mempunyai sebaik-baik sahabat dan ciri-ciri yang mereka ada merupakan ciri-ciri seorang yang baik. Saya taknak cakap tentang umum. Saya nak cerita berdasarkan pengalaman. Tiada niat untuk memburukkan sesiapa ataupun mengaibkan. Namun, siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Tempoh 11 tahun cukup buat saya menilai apa itu sahabat sejati.

Adakah seseorang itu benar sahabat kita sekiranya kita cuma gembira bersama dia pada saat-saat yang manis sahaja?

Adakah seseorang itu benar sahabat kita sekiranya kita cuma dicari tatkala berduka?

Adakah seseorang itu benar sahabat kita sekiranya kita lebih benar-benar sedih dan gusar tatkala dia menghadapi kesulitan berbanding apabila kita menghadapi kesulitan?

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya kita sanggup ditinggal demi 'cinta'?

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya dia membuka aib kita?

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya dia lebih memilih melihat kita melakukan dosa daripada menegur walaupun kebenaran itu pahit?

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya kita takut untuk menegur kesalahannya?

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya jenaka dan gurauan kerap kali dirajuknya?


Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya dia tidak mampu menerima perubahan kita?

DAN...

Adakah seseorang itu benar-benar sahabat kita sekiranya usaha ke syurga dihalang, jalan ke neraka dibentang?

Fikirkanlah...
Sesungguhnya sahabat sejati itu menjalinkan ukhwah kerana Allah. Bicara-bicara mereka menggembirakan, kadang terusik cepat memohon maaf, kadang terkhilaf segera diperbetul, kadang terlalai segera diperingat. Ukhwah ini membawa bahagia di dunia dan akhirat. Pastinya sahabat itu menyayangi sahabatnya yang lain. Luka sedikitpun berdarah hati, apatah lagi mengenangkan azabnya seksaan di neraka nanti. Seorang sahabat sejati itu semestinya ingin bertemu sahabatnya di syurga sana.

Andai seseorang itu lebih cenderung kepada dunia yang fana', tanyalah iman kita. Adakah kita kuat untuk menariknya atau lebih baik ditinggalkan saja demi kesejateraan di sana? :)




Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: