Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: Perlu ke?

Tuesday, 22 October 2013

Perlu ke?


Perlu ke couple?
Gayut malam-malam,
Bersayang-sayang,
Mesej doplohpat jam,
Jemari dan telefon payah nak berenggang..

Perlu ke couple?
Mula-mula rindu suara,
Lama-lama nak berjumpa,
Kalau boleh nak saing tatap muka,

Perlu ke couple?
Merah-merah muka bila putus,
Siang malam menangis terus menerus,
Makan pakai hal rumah belaka tak terurus,
Hanya berakar umbi masalah kecil yang tercetus

Perlu ke couple?
Memanglah fitrah untuk menyayangi dan disayangi
tapi berbaloikah yang mencintai diketepi?
ibu abang ayah adik cikgu rakan belaka belakang kira
bila rasa hati orang tu kita yang punya
segala-galanya indah untuk seketika

Perlu ke couple?
Bila cinta tanpa berpasang-pasang mampu bawa ke syurga
Minat dalam diam sang penghulu wanita di syurga terhadap teruna gagah perkasa
ilmu Saidina Ali dalam kelas tersendirinya,
merintih sayu permata Rasulullah dalam doa,
tersimpan kemas rindu dalam raga,
Doa Az-Zahra termakbul jua,
Sang murobbi dan murobbiah yang saling bercinta kerana Yang Maha Esa,
Oh! Alangkah indahnya cinta sampai syurga!

Tak perlu couple sebenarnya,
suka dan doa,
berusaha dan redha,
kunci utama bahagia di sini dan di sana,
bila hati ini rasa sunyi dan sendiri,
carilah yang Maha Menyayangi,
bila hati rasa perlu tempat mengadu,
Dia-lah yang Maha Mendengar rintihanmu

dicoret oleh: Lyeanna Wana
Selasa
22.10.2013
6.10 petang

Sesungguhnya cinta itu dihadirkan oleh-Nya justeru mengapa dihinakan perasaan qudus itu dengan hubungan yang haram? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

0 comments: