Lyeanna Wana Official Blog lyeanna wana: November 2013

Saturday, 30 November 2013

I'm finally admitting that I'm regretting what I've done!

It's all about him
I'm interfering in his life
Why bother?
Credits of FRIEND
think so

ended up
knowing something
too big for him, too big for me

it might be true, yes no doubt
people have been telling the same thing over and over
I close my ears but I have eyes
I knew it
I don't want to admit it

worse, it might turned out to be wrong
why concern?
nothing..it's just too big for him, too big for me

I trust what people say
mind goes blank
heart goes white
it's a shocking yet saddening truth

weird, I'm just feeling weird
even if my guess was wrong
my heart says I'll long for you
and if it ever be the truth
I'll long more for you

Good bye for now.
I don't know what's waiting tomorrow but your decision determines it
I just hope..this farewell...won't be this sad
Cuz no matter how hard I'm enduring
I'll be longing..for you...

I REGRET TALKING ABOUT YOUR CRUSH.



Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Friday, 29 November 2013

Syahmi

Assalamualaikum warahmatullah..

Lama dah gua kenal mamat ni. Sejak sekolah rendah lagi. Classmates since darjah berapa pun tak ingat. Punya lama. Sekolah menengah pun sama cuma lain kelas dari Form 1 sampai Form 3. Tahun ni, kitorang jumpa lagi.

Dulu dia ni spesies Polar Bear. Tembam. HAHA. naik sekolah menengah magic doh terus slim. Yang Polar Bear ok lagilah still ada isi-isi dan daging-daging tapi si Syahmi ni gua rasa tinggal kulit aje adalah. Pulak tu satu hari tu dia ada kata dia dah gemuk sikit. Pergh gua rasa nak bagi tumbukan padu kat dia. Dia ni menganjing ke apa kat gua ha? Gua tahulah berat gua naik time tu

Sebelum-sebelum ni kitorang tak pernah rapat bahkan kewujudannya seakan dilupa terutamanya lsemasa Form 1 dan Form 2. Form 3 ok sikitlah sebab dia masuk Skim Tuisyen Felda (STF) yang diadakan pada waktu malam. Gua pun join sebab ganti kawan gua yang taknak masuk. Kelas tu khusus untuk waris-waris Felda sahaja. Kira gua bertuah ah dapat can masuk. HEHE

Tahun lepas gua rasa makhluk nama Syahmi ni bapak aliennya. Pelik doh dia ni punya perangai. Skema sangat. Dengan perempuan pun bapaklah pemalu. Masa tu pandangan gua
"Dia ni jaga batas lelaki perempuan kot"
Husnudzon tak gua? Tapi yang gua bengangnya masa gua mintak dia ajar gua Math and dia pergi ajar bahasa alien. Sereh kabo tak paham satu habuk! Menyesal gua tanya dia. Makin pening gua.

Tahun ni gua sekelas dengan dia. Dalam kelas gua perempuan semua straight A's tapi lelaki diberi kelonggaran yang straight A's and ada 1B boleh masuk. Itupun berapa ketul je lelaki. See? Homo sapien bergen XY semakin pupus. And eventually kitorg jadi rapat. FB mungkin? Gua dengan Mak Nanot suka jadikan dia bahan gossip.

Gua rasa panjang pulak ah post pasal dia ni. nanti gua buat part 2.


Muhammad Syahmi bin Rasidi. Gua dah bacakan ayat Kursi kat gambar ni tapi tolong jangan santau dia sebab gua dah bagi gambar dengan nama penuh. Tak pasal2 hilang kawan. 

ok bye!


Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Tuesday, 26 November 2013

POLAR BEAR lagi dan lagi. CC. Teacher :D

Assalamualaikum

Dalam ramai2 kawan gua, paling banyak gua sebut dalam blog ni ialah si POLAR BEAR. Korang tekalah mana satu dia dalam marquee gambar tu ea.

Lagi dan lagi dalam seminggu dua ni berapa kali dah dia tacing sentap dengan gua. HAHAHAHAHA itu je yang mampu gua lakukan. gelak tak sudah. best doh kacau dia. setakat kat chat dengan mesej lah. kalau depan2 belum tentu berani lagi. Tiba-tiba kang dia bagi kaki saiz 11 dia tu koma gua sebulan.

Gua paling banyak cerita pasal dia sebab dia paling err satu kepala dengan gua? Sampai sebab gua demam setiap bulan pun dia tahu. Punyalah..kalau dia ni perempuan memang wa cakap sama lu nak je gua jadikan kembar siam gua tapi malangnya kembar apa putih + gelap. Ya, yang putih tu dia yang gelap tu gua.

Dah ah cukuplah pasal Polar Bear. Nanti gua kena perah segala sel-sel neuron otak gua untuk pujuk balik dia. Susah hidup kalau dia takde. Siapa gua nak mengadu kalau addmath gua fail lagi nanti? Tapi mohon tak fail dah lah..

2 orang manusia bergelar sahabat yang gua sayang sangat-sangat are Teacher Shima and Mr Polar Bear. Banyak dah problem gua hadap dengan bantuan dua orang hamba Allah yang baik hati lagi suci ni. Especially Teacher. Takpayah pelik ah kenapa gua boleh panggil dia kawan sedangkan dia bekas cikgu Bahasa Inggeris gua zaman PMR dulu.

Dia baik woo. Tengok purdahlah. Hehe. Baik, pemurah, supporting and boleh masuk satu kepala dengan sesiapa je. Gua start baik dengan beliau ni sejak Drama Bahasa Inggeris 2011. Gua berlakon jadi Puteh. Cerita Tanggang. Sampai sekarang gua still baik dengan budak-budak drama ni except yang dah menjauh seperti pelakon kecil Jalak and Anjang and also ex gua. eh? Ya gua dulu pernah couple gak. Dah-dah senyap cerita zaman dulu. Sekarang gua dah insaf. Nak kahwin nanti pun gua rasa gua suruh mak gua je adjust-kan. Malas cara.

Tak perlu gua mention masalah2 yang telah gua hadapi sejak berkawan dengan mereka 2 orang ni tapi alhamdulillah gua bersyukur sangat dianugerahkan sahabat2 yang baik macam dorang. Sumpah wa cakap tolonglah Polar Bear jangan baca senak nanti kang dia duk kembang kempis perasan sorang2.

Yang ni yang paaaaaaaling baik dengan gua. Yang gua rasa tak boleh nak move on tanpa dorang dan pertolongan Allah. Thank you Allah for giving me such precious gifts.

Tu je. Syahmi, Arep, Aniq, Ainna, Rafiqah, Anum and Aishah lain kali ya. Kang panjang berjela post gua.
Assalamualaikum

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Monday, 25 November 2013

Muka baru

Assalamualaikum.

Takde apa nak bagitahu. Just...lihatlah dunia! Blogku dah berubah wajah! Keperempuanan sangat bak angg!

Niat sebenar tukar wajah sebab blog ni ada pembaca Nisreen. To capture one's heart we must capture one's eyes. Ha begitulah. So this is apa yang termampu. Tambah sikit dengan marquee bergambar kat bawah which is I dedicate to all my friends who were there with me through thick and thin.

Lain entry gua cerita pasal rakyat2 beta and kenapa seorang wanita berpurdah yang sudah berusia 30-an diklasifikasikan sebagai seorang rakan.

Bye annyeong!

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Monday, 18 November 2013

Nisreen (Part 15)

Sudah sebulan aku sibuk dengan final exam yang bakal tiba tidak lama lagi. Masaku penuh diisi dengan kuliah, kumpulan belajar, usrah sekali seminggu dan ceramah-ceramah agama.  Aku mengeluh berat. Ku raba Al-Quran kecil di poket bajuku. Biasanya selepas Subuh Al-Quran itu pasti dibaca sehelai dua sebelum memulakan hari. Entah mengapa mataku berat benar pagi tadi. Selesai solat Subuh, terus aku rebah di atas sejadah. Mengantuknya ya Allah. Mungkin tubuhku sudah mencapai tahap optimum. Kelopak mata ini sudah tidak larat lagi untuk dibuka. Sekitar jam 9 barulah aku terbangun dan segera ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Aku mendepangkan tangan dan menggeliat. Aku pandang manusia-manusia yang sedang khusyuk menelaah buku-buku di perpustakaan ini. Alangkah kerdilnya diriku melihat manusia-manusia ini berlumba-lumba menimba ilmu. Semangatku cuba dikuatkan semula. Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini…

 “Kanda...kanda…” lembut suara sang bidadari memanngil namaku sambil membelai-belai lembut wajahku.

“Ya, sayang. Ada apa?” Aku menyahut dengan senyuman.

“Kanda sayangkan dinda?” soalnya.

“Semestinya. Tak perlu dipersoalkan lagi” Aku menjawab dengan bangga lalu mengangkat tanganku, cuba mencapai rambutnya yang panjang mengurai.

“Justeru mengapa didambakan mawar dalam taman orang?! Sedang mawarmu ini sudah lama menepis kumbang semata untuk dipetik kanda!” tiba-tiba bengis suara bidadariku itu menyoal.  Tanganku ditepis kasar. Turun naik nafasnya menahan amarah.

Aku bangkit dari ribaannya. Aku tatap wajahnya yang bercahaya. Dahiku berkerut-kerut cuba menggali maksud kata-kata kerasnya.

“Ameer! Woi, bangunlah!” sergah Ashraf sambil memukul kuat lenganku. Terpisat-pisat aku bangun dari tidur siangku. Ku toleh kiri dan kananku. Perpustakaan itu sudah lengang. Beransur-ansur manusia meninggalkan gedung ilmu itu. Aku kerling jam di pergelangan tanganku. Sudah hampir masuk waktu Zohor. Allah, agaknya berapa lamalah aku tidur. Berapa sangat pulalah ilmu yang dapat ku imbas semula harini. Aku meraup mukaku dan membetulkan rambutku. Ku cari pula wajah kurang asam yang menyergahku dari tidur. Dibuatnya roh aku tak sempat masuk dalam jasad, ada meninggal aku di sini. Hisy!

“Apa benda kau terkebil-kebil lagi tu? Jom, Zohor. Lepastu makan” dia menepuk pula belakangku dengan agak keras. Hei, manusia ni memang cari nahas. Aku menoleh. Seperti yang diduga, Ashraf sedang tersengih-sengih melihatku. Kalau tidak memikirkan makhluk Allah di sebelahku ini rakan susah senangku, sudah ku ajar dia menggunakan ilmu silat gayung yang kutuntut dari datukku sejak aku berumur 6 tahun lagi. Sabar jelah.

“Kau ni dah kenapa, Ameer? Termenung dari tadi. Ada mimpi buruk ke?” Soal Ashraf yang gusar melihat aku lambat-lambat menyuap nasi ke dalam mulut.

“Hmm…lebih kuranglah. Tapi mimpi itu kan mainan tidur. Aku tak nak percaya sangat tapi…ada ayat dalam mimpi tu betul-betul kacau perasaan aku. Macam ada maksudnya. Bukan saja-saja” terus terang aku menyatakan masalah yang membelenggu fikiranku. Risau juga sekiranya tidak diatasi segera mampu mengganggu tumpuanku terhadap pelajaran.

“Macam pernah aku alami. Dulu, aku kan nakal. Hari-hari kalau tak tengok mak aku menangis memang tak sah. Tapi satu hari aku mimpi aku nampak seorang lelaki bagi minuman dan makanan kepada seorang perempuan cantik yang sihat wal afiat. Sedangkan di sebelah perempuan tu ada seorang lagi perempuan yang uzur dan lemah. Aku pelik so aku tanya kenapa tak ditolongnya perempuan tua tu. Lelaki tu jawab,  perkara yang sama aku dah lakukan selama aku hidup. Bangun tidur, barulah aku tahu. Selama ni aku buat baik pada makcik-makcik aku, nenek aku dan semua perempuan yang aku kenal sedangkan mak aku sendiri aku sakiti” cerita Ashraf. Kelihatan cecair jernih bertakung di tebing matanya. Segera dikesat agar tidak jatuh air muka jantannya di hadapanku.

Aku mengangguk-angguk. Ada benarnya mimpi itu. Biarpun itu cuma mimpi, aku tidak seharusnya meringan-ringankan mimpi itu. Azam ditanam. Rahsia mimpi bakal ku ungkap nanti.

Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Monday, 4 November 2013

What a sorrow Monday I had

I try not to..
But I just can't...

I really want to..
But I just can't...

I wish I get to...
But I just can't..

I'd really love to..
But I just can't..



Komen dan LIKE anda sangat dihargai

Sunday, 3 November 2013

Pengisi masa lapang

Assalamualaikum

dah habis exam meaning masa free banyak sebelum SPM tahun depan. Weh, dah SPM. tua dah kita tsk tsk :(

So, sebagai pengisi masa lapang sebelum dikerah macam-macam seperti belajar memasak, kelas tuisyen dan sebagainya..I offer myself to edit blog my sister's friends' blogs. Baru sorang yang minta diedit. Yang lain masih menyepikan diri. Well, nothing much. Nothing extravagance because I don't use BLOGSKIN. BLOGSKIN remeh. kesian nanti kat budak tu terkial-kial kalau nak masuk widget baru. kena godek-godek code dia yang memeningkan tu.

I used a simpler template by LYSSA FAIZUREEN and edited here and there and wallah! Terhasillah blog Rabi ni. Susahlah jugak sebab blog dia buat hal. Taknak cooperate langsung codes dalam tu. Geram je rasa.



Oh yeah, BTW Rabi there's something I wanna say
"Sorry! I could have done better but the codes are very-very naughty so I ended up being exhausted and all I can do for you is what you see now. I wish I could add Facebook comment box because it's a lot easier for people to comment but as I just mentioned above, the codes suck!! I'm sorry for a bit lacking here and there :("
Oh yeah jangan pelik kenapa my blog is very dull and kelabu asap semacam je. I just don't want my blog to be heavy and take a lot of time loading. Light and super fast blog is required so viewers would love to come back and read my stories!

Anyway, let's take a peek at Rabiyatul Hidayah's blog ! Have a nice time reading her entries :D

P/S: PAHANG MENANG PIALA MALAYSIA! Oh I'm so proud of this state !!! 

Komen dan LIKE anda sangat dihargai